TERATAK RAMADHAN : Road To Ramadhan

 

Oleh : Amirul Asyraf Mahizir , Aktivis ISMA India Zon Selatan

 

IMG_1377[1]

 

MANGALORE, 4 JUN 2015 – Teratak Ramadan, merupakan sebuah program sebelum Ramadhan dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India, sebagai penyediaan kepada semua umat Islam di India sebelum tibanya Ramadan. Program ini telah berlangsung di Siliconia Apartment, Deralakatte. Program dihadiri oleh lebih kurang 20 orang muslimin seluruh mangalore. Majlis bermula pada pukul 6.45 petang dengan majlis berbuka puasa. Seterusnya, majlis disambung lagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi ISMA India , saudara Mior Zainul Arif.

IMG_1373[1]

 

Seterusnya, Saudara Harith Aini dijemput untuk menyampaikan tazkirah berkenaan Ramadhan. Antara perkara yang diketengahkan oleh saudara Harith ialah bertapa hebatnya bulan Ramadan di mana pahala dilipat kali ganda dan hanya muncul selama setahun sekali. Selain itu, amalan perlu diperbanyakkan sepanjang bulan mulia ini dan beramal ibarat Ramadan yang terakhir.

 

Selepas tazkirah daripada saudara Harith Aini, sesi menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya sebelum tiba Ramadhan oleh saudara Mior .  Antara soalan tersebut ialah penggunaan inhaler untuk pesakit asma, IV injection, niat puasa sebulan, hukum tidak puasa dengan sengaja, rongga yang membatalkan dan lain-lain.

IMG_1381[1]

Seterusnya, saudara Amirul Asyraf dijemput untuk mempromosikan program-program Ramadan yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang dianjurkan oleh ISMA India. Antaranya adalah program One Day One Juzuk (ODOJ) yang turut dibuka penyertaan sepanjang teratak Ramadan ini berlangsung. Program ODOJ ini adalah untuk menggalakkan seluruh Muslimin Mangalore memperbanyakkan tilawah sepanjang Ramadan di samping mengkhatamkan Al-Quran . Majlis bersurai pada pukul 8.30.