Tarbiah Gunung: Penawanan Puncak Kudremukh Oleh Siswa India

15369979_771079126363194_3477235396942604025_o

KUDREMUKH, 6 Disember 2016: Seramai 26 orang pelajar perubatan dan pergigian dari pelbagai kawasan di India telah menawan puncak tertinggi Kudremukh di Chikmagalur, Karnataka, India. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran di Mangalore, Manipal dan Bangalore.

Aktiviti bermula dengan pergerakan para peserta ke Kudremukh National Park dengan perjalanan sejauh 121 km, seawal pukul 3.30 pagi. Bas yang dinaiki tiba di tempat aktiviti pada pukul 8.00 pagi.

15384415_771102909694149_5651054222635078760_o

Setibanya di Kudremukh, aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas beserta regangan otot sebelum pendakian bermula. Jarak pendakian adalah sejauh 15 km dari kem utama hingga ke puncak.

15250675_771091639695276_5975038931393132336_o

Aktiviti pendakian yang mencabar kekuatan fizikal dan mental para peserta memakan masa selama 5 jam. Penat lelah para peserta dianugerahi dengan pemandangan yang indah dan kepuasan hati setibanya di puncak setinggi 1892 m dari paras laut.

15369262_771086929695747_1449848858123617264_o

Setelah menjamu makan tengahari yang ringan, para peserta dijamu dengan pengisian rohani yang telah disampaikan oleh saudara Mior Zainul Arif, merangkap Pengerusi ISMA India sesi 2016/17. Beliau menekankan bahawa pentingnya tarbiah bagi mereka yang ingi mencapai maqam tertinggi syurga.

“Keseronokan mendapat syurga firdausi setelah berhempas pulas dalam jalan dakwah dan tarbiah adalah umpama keseronokan mencapai ke puncak Kudremukh setelah penat lelah mendaki, malah jauh lebih seronok dari itu. Tarbiah merupakan suatu proses pengembangan di mana ia memerlukan usaha yang luar biasa untuk melalui onak duri dalam mencapai anugerah syurga ” – Saudara Mior.

15272305_771079476363159_1231049857298934971_o

Perjalanan turun dimulakan pada pukul 2.00 petang, yang memakan masa selama 3 jam. Setibanya di kem utama, aktiviti diserikan dengan pengisian rohani yang telah disampaikan oleh VIP jemputan, Ustaz Mohamad Ali bin Mohamad Zaki. Pengisian kali ini mengingatkan kembali kepada para peserta bahawa jalan dakwah dan tarbiah ini bukanlah suatu jalan yang mudah.

“Kita sering mendengar bahawa manusia ini diciptakan dengan suatu tujuan. Namun, ramai yang tidak ingin menerima hakikat tersebut kerana proses dan jalannya terlalu sukar buat mereka. Mereka ini hidup dalam suatu habitat di mana mereka hanya ingin bersukaria sedangkan para nabi bertungkus lumus mengerjakan tuntutan Allah S.W.T. ” – Ustaz Ali.

15384502_771099733027800_6243728058702420711_o

Seusai pengisian, para peserta bersurai dan balik ke tempat masing-masing.

ISMA India mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta atas kejayaan penawanan puncak Kudremukh. Moga ibrah yang diambil dari aktiviti ini menjadi salah satu batu loncatan kepada para peserta untuk terus mendaki gunung dakwah dan tarbiah dalam usaha mencapai puncak syurga.

15325143_771085683029205_7920696433351520778_o

Disediakan oleh,

Muhd Izzat Aliuddin bin Abdul Wahab

Waratawan ISMA Zon Selatan