Tahniah Dr Asyraf Bin Kosnan !

 

Oleh : Syazwan Hazim Bin Abd Ghani

Aktivis ISMA India Zon Utara

11667223_970803849608235_1235271053_n

BELGAUM, 26 JUN – Telah berlangsung di Kampus USM-KLE Belgaum, satu acara yang diadakan buat pertama kalinya, iaitu ‘White Coat Ceremony’ bagi meraikan kesemua 48 graduan perubatan yang telah berjaya meraih gelaran doktor. Kesemua 48 graduan tersebut merupakan kumpulan sulung bagi program USM-KLE International Medical Program yang telah dijalankan sejak lima tahun yang lalu. Dengan keputusan 100% lulus, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘The Pioneers’ tersebut sekaligus telah berjaya membuktikan bahawa program perubatan yang dijalankan hasil usahasama Universiti Sains Malaysia dan Karnataka Lingayat Education Society merupakan antara program yang terbaik bagi kursus perubatan. Berlangsung di KLE Centenary Convention Centre, majlis tersebut telah bermula pada jam 4 petang dan dihadiri seramai 600 orang audiens, termasuk barisan pensyarah dan para pelajar.

 

11693182_970803939608226_512023686_n

Antara graduan yang diraikan termasuklah Timbalan Pengerusi ISMA India, Dr Mohammad Asyraf Bin Kosnan. Mempunyai perwatakan yang matang, tegas dan berhati lembut, Dr Asyraf telah memberikan contoh yang terbaik buat para pelajar perubatan yang ingin mengikut jejak langkahnya. Tidak cukup dengan itu, Dr Asyraf juga telah dianugerahkan sebagai ‘Best Student of Department of Anaesthesia’, sekaligus menampakkan kemahiran dan minat beliau dalam bidang anestesia. Melihat kepada personaliti, kesungguhan dan semangat yang ada, tidak mustahil andai pada suatu hari nanti beliau mampu menjadi doktor pakar anestesia (anaesthesiologist) yang terkenal di seluruh negara. Kudos dan selamat maju jaya diucapkan buat saudara Dr Asyraf Kosnan.

11696878_970803846274902_917759286_n

 

Dengan itu, ISMA India berharap agar kecemerlangan ini mampu diteruskan dan menjadi motivasi kepada seluruh ahli ISMA India untuk terus cemerlang demi ummah.