TAHNIAH Buat Kecemerlangan 2 Aktivis ISMA India !

Oleh : Mohd Firdaus Bin Sudin

Wartawan Zon Tengah

MANGALORE, 13 MAC 2015 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India meraikan kejayaan 2  aktivis ISMA India, Mohd Shafiq bin Shaffa’ee dan Dr. Nur Fatimatul Huda binti Kamarudin, sempena College Day & Awards Ceremony of Manipal College of Dental Sciences (MCODS) yang bertempat di TMA Pai Hall, Manglore pada jam 6-9 pm.

Dr. Nur Fatimatul Huda merangkap Timbalan Setiausaha ISMA India kini merupakan doktor pelatih pergigian MCODS Mangalore. Beliau telah bersama-sama berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiyah seawal kolej persediaan lagi.

IMG_2525

 

Beliau berkata

 

“Harus diingat, belajar bagi meraih segulung ijazah bukanlah segala-galanya .Selepas belajar, kita bekerja dan juga berkeluarga. Semakin meniti usia dan tentunya akan menemui Sang Pencipta. Adakah kita rela membiarkan hidup kita berlalu sia-sia, sedangkan Islam itu sampai kepada kita tidak lain dan tidak bukan adalah hasil daripada perjuangan yang bermandikan darah dan mengorbankan jiwa? Tanya diri kita apakah matlamat hidup kita sebenarnya”

Mohd Shafiq yang memperoleh anugerah tempat pertama dalam keseluruhan markah untuk Examination 2nd BDS MCODS sekaligus merangkul anugerah markah terbaik  dalam subjek ‘Dental Materials’ berasa sangat bersyukur atas kejayaan yang diperoleh.

IMG_2459

 

“ Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah untuk saya semata-mata, tetapi ianya adalah untuk ummah!” ujar beliau dengan penuh bersemangat.

Beliau menyeru kepada kita semua, mahasiwa dan mahasiswi yang berada di India supaya sentiasa tekun dan gigih dalam menjalankan tanggungjawab  sebagai seorang daie dan sudah tentu sebagai seorang pelajar. Kita adalah duta –duta kecil Islam. Jika kita tidak mampu memberi sumbangan kepada agama ini, janganlah pula kita menjadi fitnah dan beban kepada agama ini.

ISMA India mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Shafiq dan Dr. Fatimatul Huda. Semoga kita semua sama-sama berusaha mencontohi qudwah yang telah ditonjolkan oleh mereka. InsyaAllah..