Tahniah buat 2 Pasangan Pimpinan ISMA India

 

Oleh : Muhd Khairullah Bin Muhamad

Aktivis ISMA India Zon Selatan

 

KELANTAN, 27 MAC 2015 – 2 pasangan pimpinan ISMA India telah selamat diijabkabulkan pada 27 Mac 2015 . Pasangan pertama ialah Saudara M. Harith Bin Md Aini merangkap EXCO Ekonomi dan Saudari Intan Nabila Bt Abd Ghani merangkap Timbalan EXCO Ekonomi yang telah selamat bergelar suami isteri pada jam 10.30 pagi di Tanah Merah, Kelantan .

 

IMG_2909

 

Manakala, pasangan kedua pula adalah Saudara Mohd Najmi Bin Abd Latif merangkap EXCO Media dan Saudari Fatihah Binti Yusoh, Timbalan EXCO Tarbiah . Kedua-dua mereka telah sah bergelar suami isteri pada pukul 9 malam hari yang sama di Kota Bharu, Kelantan.

 

IMG_2907

 

Barakallahulakuma wabaraka a’laikuma wajama’ bainakuma fil khoir diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin . Semoga baitul muslim yang dibina sentiasa dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah serta menjadi baitul muslim qudwah kepada semua .

 

 

IMG_2908

 

 

IMG_2905

 

 

IMG_2906