Sembang Sentap Di Hujung Minggu

anyjpeg

Salam Ahad saudara saudari,

Ahad macam ini sedap makan kari,

Pernahkah kau  mengetahui,

Apakah ertinya hidupmu ini?

 

Kuah kari sedap kalau ada bendi,

Cicah pulak dengan roti,

Menjadi khalifah di muka bumi,

Itulah ayat yang sering kita dengari.

 

Kalau bab mengorat pandai mengayat,

Jangan sampai lupa diri,

Allah berfirman dalam surah Adz -Dzariyat

Agar jin dan manusia abdikan diri.

 

Siapa tak kenal dengan Amir Khan,

Pelakon terkenal ramai peminat,

Sedarlah kawan, sedarlah teman,

Hidup di dunia adalah ladang akhirat.

 

Pergi luar negara untuk sambung belajar,

Ada di UK, ada di India,

Akhirat yang kekal itulah yang patut dikejar

Ayat 4 surah Ad-Dhuha antara sebabnya.

 

Roti Gardenia menjadi idaman,

Makan pula dengan kaya,

Apakah kau kira kau sudah beriman,

Selagi mana kau belum diuji oleh-Nya?

 

Hari raya makan ketupat,

Makan dengan rendang umi,

Apakah yang kita dah buat,

Untuk realisasikan hal-hal ini?

 

Muhammad ‘Isa Al-Wafa Bin Zulakmal

Pelajar Tahun Keempat IMS Bangalore

Aktivis ISMA India