Rumah Terbuka Aidilfitri Zon Tengah Merapatkan Ukhwah Islamiah .

Oleh :

Aktivis ISMA India Zon Tengah

RT5

 

BANGALORE, 9 OGOS – Kemeriahan Syawal masih lagi terasa walaupun Zulkaedah kian tiba menampakkan anak bulannya. Walaupun jauh beribu batu dari tanah air Malaysia, anak-anak bangsa di bumi Al Maududi masih sempat meluangkan masa berukhwah dan merapatkan silaturrahim sempena Aidilfitri kali ini.

 

RT2

Alhamdulillah dengan izin-Nya, sekali lagi rumah terbuka anjuran ISMA India Zon Tengah diadakan di Bangalore berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai yang terdiri daripada pelajar dari Bangalore dan Salem. Rumah terbuka diadakan di Surau Muhajirin untuk lelaki dan untuk  wanita diadakan di Dewan Dwellington Apartment.

 

RT1

 

Dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh bakal doktor-doktor muda seperti lemang, nasi impit, rendang, lodeh, bihun sup dan dadih membuktikan bahawa bakal doktor juga punya bakat memasak yang unik tersendiri. Bermula sejak dari malam sebelumnya , persediaan rapi dilakukan oleh mereka yang terlibat berjaya menyiapkan pelbagai juadah tepat pada masanya.

‘ Janganlah kamu memandang enteng terhadap kebaikan walaupun sedikit, walaupun engkau menuang air daripada timbamu ke dalam bekas orang yang diberi minum, walaupun engkau bercakap dengan saudarmu dengan wajah yang manis ‘ (Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi)

 

RT3

 

‘Surau dan dewan’ mula dibuka seawal 11.30 pagi sehingga jam 3 petang. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan . InshaAllah .