Roadshow I-Medik India 2016: Doctor Like No Other

Disediakan oleh: Najihah Yusri, Wartawan ISMA India Zon Tengah

BANGALORE, 7 MEI 2016 – Roadshow I-Medik India telah melabuhkan tirainya di destinasi terakhir, iaitu Bangalore. Bertemakan “Doctor Like No Other”, roadshow anjuran Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia-India atau lebih dikenali sebagai I-Medik India ini telah berlansung di Surau Muhajirin, Gokula.  Program ini menampilkan tetamu jemputan khas iaitu Dr. Mohd Khairol bin Jambli. Beliau memegang jawatan sebagai Penasihat I-Medik Sarawak, Pegawai Perubatan UiTM Sarawak, Yang Di-Pertua ISMA Kuching, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas  dan juga Pengerusi Aman Palestin Sarawak.

Sesi pendaftaran dimulakan pada jam 8 malam, dan seramai 45 orang peserta terdiri daripada 17 orang muslimin dan 28 orang muslimat telah hadir. Program ini dipengerusikan oleh peserta dari Salem iaitu saudara Mukhtar bin Kamil Puat.

i medik 1

Sesi pertama majlis diserahkan kepada tetamu jemputan, Dr Khairol. Beliau menerangkan bagaimana keadaan latar belakang negeri Sarawak, sejarah penjajahan dan struktur geografinya.

Seterusnya beliau membentangkan misi-misi I-Medik yang telah dijalankan di Sarawak dan bagaimana bantuan perubatan serta kemanusiaan diberikan kepada pelbagai etnik di pedalaman Sarawak tanpa mengira latar belakang agama.

Beliau juga memberi pencerahan berkenaan realiti umat di bumi Sarawak pada masa kini dan peranan para pengamal perubatan muslim dalam membimbing dan merawat masyarakat di Malaysia.

i medik 2

“Peranan doktor  sebenarnya melebihi skop tugas. Selain membimbing masyarakat, seorang doktor muslim juga perlu untuk membela agama.”  – Dr Khairol

Seterusnya sesi kedua diserahkan kepada Dr. Amirul Asyraf Mahizir selaku pengerusi I-Medik India Sesi 15/16 untuk memperkenalkan sedikit sebanyak tentang I-Medik India dan I-Medik di Malaysia. Selain itu, Dr. Amirul menyatakan kelebihan-kelebihan jika menyertai I-Medik  kepada pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di India.

“I-Medik india menjadi satu organisasi yang mendokong pembangunan tamadun perubatan Islam untuk membina tamadun Islam di Malaysia” – Dr Amirul Asyraf.

Sesi terakhir diteruskan dengan sesi soal jawab. Antara perkara yang ditanya oleh para peserta adalah berkaitan isu-isu graduan perubatan semasa,  bagaimana cara seorang Houseman Officer (HO) ingin terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, dan apa kelebihan dan keistimewaan jika ingin membuat latihan HO di Sarawak. Akhir sekali, Dr Khairol berjaya menerangkan dengan baik tentang perbezaan organisasi I-Medik berbanding NGO-NGO yang lain.

i medik 3

Semoga setiap daripada kita memperoleh manfaat serta menyemai semangat yang dibawa oleh Dr Khairol dari bumi Kenyalang dalam usaha menyalakan dan mengekalkan obor Islam di serata dunia amnya, di India dan Malaysia khususnya.

i medik 4

Wallahu’alam.