Program Hamper Ramadhan Meraikan Penduduk Sekitar Bangalore

Oleh : Nazihah Binti Zulkarnain ,

           Aktivis ISMA India Zon Tengah

IMG_1167

BANGALORE, 5 JULAI – Satu lagi projek anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India bersama IMSA Islamic Bureau (IIB), telah berjaya dilaksanakan dengan izin-Nya.  Projek yang diberi nama Projek Hamper Ramadhan mensasarkan kutipan dan infaq barangan keperluan hasil sumbangan daripada pelajar-pelajar perubatan di Bangalore. Projek ini bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik disamping memupuk sifat bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ini.

Tempoh infaq yang berjalan selama seminggu berjaya mengumpulkan pelbagai barangan seperti pakaian, alatan memasak, beg sekolah, alat tulis, penyapu dan mop serta pelbagai lagi barangan yang masih boleh digunakan. Pusat pengumpulan barangan infak adalah di Surau Muhajirin, Bangalore.

bangalore 1

 

Berlalu tempoh seminggu proses pengumpulan dan pada 5 Julai 2015 yang lalu, proses agihan pula dijalankan. Agihan diadakan bermula jam 10.30 pagi waktu tempatan, dengan memunggah muatan ke dalam lori yang disewa khas bagi memudahkan proses pengangkutan barangan infaq ke kawasan yang dituju. Perjalanan memakan masa sekitar 15 minit, dan diiringi oleh pelajar-pelajar yang menunggang motosikal ke kawasan agihan.

 

bangalore

 

Jalahalli merupakan kawasan agihan barangan infak ini dan majoriti penduduk sekitar merupakan saudara-saudara Muslim berbangga India. Terdapat juga keluarga Muslim berbangsa Benggali di kawasan tersebut. Seusai tiba di lokasi, barangan infak kemudiannya di punggah ke dalam sebuah rumah kecil milik seorang saudara Muslim bernama Encik Imtiyaz.

 

IMG_1151

 

Encik Imtiyaz berbesar hati menumpangkan barang-barangan infak tersebut di rumahnya yang juga merupakan lokasi agihan. Dengan bantuan Encik Imtiyaz beliau berjaya mengumpulkan penduduk setempat, dan proses pengagihan barangan infak dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mudah. Projek Hamper Ramadhan ini tamat sekitar pukul1.00 tengah hari.

Diharapkan projek-projek murni sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa hadapan kerana kita yakin akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

‘ Siapa yang menghilangkan kesulitan seorang mukmin dari pelbagai ksesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan kesulitan-kesulitannya pada hari Kiamat. Dan sesiapa memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat… dan Allah akan sentiasa menolong sesorang hamba selama ia mahu menolong saudarnya. ‘ (HR Muslim)