PENGENALAN

JPEG ISMA India

PENGENALAN AM

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India ditubuhkan pada tahun 2010. ISMA India merupakan sebuah pertubuhan mahasiswa di India di bawah kelolaan Biro Luar Negara (BLN) ISMA yang aktif memainkan peranan mengaruskan agenda Islam dalam kalangan mahasiswa/i di India.

VISI

Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia di India yang cemerlang daripada aspek keperibadian, akademik dan akhlak berkonsepkan Islam sebagai cara hidup.

MISI

1. Membentuk keperibadian jati diri Muslim dalam segala aspek kehidupan.

2. Melahirkan tokoh kepimpinan yang matang pada masa kini dan akan datang.

3. Menerapkan nilai pembudayaan ilmu sama ada ilmu perubatan, pergigian mahupun agama.

4. Membentuk mahasiswi yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang berprinsipkan Islam dan keperibadian maruah diri yang tinggi.

SLOGAN

Membangun Mahasiswa Beragenda

PAKEJ & FAEDAH MENYERTAI ISMA INDIA

1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan terhadap Islam yang syumul.

2. Menggilap kualiti kepimpinan

3. Memupuk diri supaya bermotivasi, berdedikasi dan tahan lasak.

4. Membangun potensi diri

5. Mengenali rakan baru yang berakhlak Islami dan positif

6. Melatih diri untuk cergas, sihat dan kuat dari segi fizikal, spiritual dan mental.