‘PEMBINAAN JATI DIRI AHLI’, FOKUS KEPIMPINAN BARU ISMA INDIA

DSC_0216

Bangalore, Januari 2015 – Secara rasminya, sesi perlantikan baru Jawatankuasa Pusat ISMA India sesi 2015 telah diadakan bagi menggantikan tampuk kepimpinan sesi 2014/2015 yang lepas. Barisan kepimpinan baru ini kekal diterajui Mior Zainul Arif Bin Zamzuri , sebagai Pengerusi ISMA India merangkap Exco Tarbiyah ISMA India.

Dalam merealisasikan slogan ‘Membangun Mahasiswa Beragenda’, kepimpinan ISMA India sesi baru ini akan menfokuskan kepada pembinaan jati diri yang unggul dalam kalangan setiap ahli ISMA India.

Pengerusi ISMA India, saudara Mior Zainul Arif dalam wawancara bersama wartawan ISMA India berkata :

‘Untuk sesi kali ini, kita akan kerahkan seluruh cawangan ISMA India di setiap zon, untuk memperkasa program pembinaan jati diri dalam kalangan ahli-ahli ISMA India.

mior‘Berdasarkan pengalaman yang lepas, kita sedar betapa pentingnya untuk kita membina sosok tubuh yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, berakhlak Muslim, berani, punya mentaliti yang lasak dan mempunyai fikrah ISLAM yang asli. Dan akhirnya,di tengah setiap lapisan mahasiswa, mereka muncul menjadi qudwah dan teladan serta memimpin dan meng’arus’kan agenda ISLAM dalam kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di India.’

Beliau turut menyeru agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi di India secara amnya agar menerapkan, merangka dan menyusun agenda dan hala tuju dalam kehidupan masing-masing.

“Kita tidak mahu mahasiswa dan mahasiswi di India hidup tanpa sebarang agenda, hala tuju dan cita-cita terhadap agama ini. Ini kerana kita sedar akan besarnya peranan setiap mahasiswa dan mahasiswi dalam memimpin dan mencorak masyarakat di masa akan datang.’’

‘Jadi saya menyeru agar setiap mahasiswa meningkatkan kualiti dan jati diri sebagai persediaan untuk memimpin masyarakat dan negara di masa hadapan’.

Untuk senarai barisan JKP ISMA INDIA sesi 2015, sila klik di sini.

Disediakan oleh :

Mohammad Najmi Bin Abd Latif,
Wartawan ISMA  India