Menjejak Infiniti Bersama-sama Outdoor Iman Camp 2015 (OIC)

oic

BANGALORE, 25 OKTOBER – Buat kesekalian kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India, berjaya menganjurkan akiviti tahunan, Outdoor Iman Camp (OIC) pada 24 dan 25 Oktober 2015, bertempat di Elim Resort, Bangalore. OIC mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta yang telah datang dari segenap pelusuk India; Mangalore, Bangalore, Salem, Belgaum, Manipal, Karad, Dharwad dan Chennai. Menerima tetamu jemputan yang diterbangkan khas dari Malaysia, Dr Zulkifli Yusof, Pakar Perunding Ear, Nose and Throat (ENT) dan Dr Murizah Mohd Zain, Pakar Perunding Obstetrics and Gynaecology (OBG) yang berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, OIC pada tahun ini membawa tema “Stepping Into Infinity”.

Langsung ketibaan para peserta pada pagi Sabtu, disambut oleh ahli jawatankuasa terbabit di meja pendaftaran. Goodie bags berisi buku program, keychain, pen, nametag berserta lanyard dan tshirt rasmi OIC menyambut ketibaan mereka. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh kedua-dua orang tetamu jemputan selepas sarapan pagi. Dr Zulkifli membuka tirai slot pertama OIC dengan tajuk “Al-Quran Dalam Kehidupan, Islam is The Way of Life”; beliau memperincikan keterangan-keterangan di dalam Al-Quran yang membuktikan Islam sebagai manual kehidupan seorang individu muslim, terutamanya dalam kalangan para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan dan pergigian.

Seterusnya, Dr Murizah menambat hati para peserta di dalam slot yang kedua, “Doktor Ummah”. Beliau menyentuh peranan para pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi penerapan nilai-nilai islamiah dalam usaha menuntut ilmu merupakan salah satu faktor penting bagi membentuk doktor untuk merawat ummat yang sakit bukan sahaja dari sudut jasmani malahan ruhi. Beliau tidak lupa menerangkan prospek perubatan di Malaysia, prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja graduan-graduan daripada India pulang untuk bekerja di Malaysia dan tidak lupa pilihan-pilihan yang ada untuk terus meyambung pelajaran di dalam bidang kepakaran perubatan.

oic3

Pada sebelah petangnya, setelah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari, peserta muslimin meneruskan aktiviti luar mereka iaitu Tic-Tac-Toe Sweat Challenge, suatu konsep aktiviti lasak yang mengintegrasikan asas permainan Tic-Tac-Toe dengan 23 set permainan yang menguji para peserta lelaki dari sudut fizikal dan mental. Daripada permainan dodgeball sehinggalah permainan paintball, para peserta melalui  aktiviti luar mereka dengan penuh semangat kesukanan dan berpasukan.

IMG_4364

Sementara itu, peserta muslimat dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk explorace competition antara kumpulan. Namun, explorace bukan sekadar explorace. Di setiap checkpoint, peserta diminta menyelesaikan misi-misi tertentu yang bertujuan menimbulkan kesedaran, memberi ilmu-ilmu baharu kepada para peserta.

oic2

 “Ancaman-ancaman Terhadap Islam” merupakan topik terpilih bagi mengisi waktu malam para peserta seusai makan malam yang didahului oleh solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas oleh saudara Mior Zainul Arif Zamzuri. Dr Zulkifli berjaya mencuri fokus para peserta, menyentuh isu-isu kristianisasi, sekularisasi, liberalisasi dan feminisme secara ringkas sekaligus menimbulkan kesedaran dalam diri peserta tentang isu-isu sejagat.

Unlocking the Pandora” antara tarikan lain OIC kali ini, sebuah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) antara peserta, berkisarkan topik slot sebelumnya, menguji daya kefahaman dan ingatan para peserta di samping mengasah bakat bicara spontan para peserta.

oic9

Hari kedua OIC menanti para peserta dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan. Menghirup udara pagi Bangalore seusai solat Subuh berjemaah dan tazkirah oleh saudara pengarah, Afiq Arsyad Johar, para peserta perempuan meneruskan aktiviti luar mereka; antaranya sukaneka dan galah panjang sebelum slot terakhir OIC menanti para peserta. Manakala peserta lelaki pula diuji dengan aktiviti explorace. Lima checkpoint yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran menguji kreativiti, deria dan kerjasama mereka.

Sebuah forum berkisarkan Fiqh Perubatan menghangatkan pagi para peserta. Isu-isu seperti Hippocratic Oath, etika-etika perubatan, pillars of medicine membuka sidang forum. Soalan-soalan daripada para peserta menghidupkan suasana. Dr Zulkifli dan Dr Murizah menjawab persoalan serta mebincangkan secara ringkas isu rukhsah solat jamak bagi doktor dan pesakit, puasa dan perubatan, ubat-ubatan yang kontroversi kandungannya namun dibolehkan atas tujuan menyelamatkan nyawa dan banyak lagi. Antara persoalan menarik yang ditimbulkan ialah berkenaan pengguguran di dalam Islam. Dr Murizah menerangkan serba sedikit tentang Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD), yang membolehkan Medical Termination of Pregnancy dilaksanakan selepas memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

oic5

 Perasmian penutup OIC 2015 yang telah disempurnakan oleh Dr Murizah Mohd Zain disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Semoga penganjuran program luar sebegini mampu mengembangkan bakat dan minat sedia ada para peserta untuk disalurkan kepada usaha pembentukan peribadi muslim mulia di samping menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

“Out of the Slumber, Dash to the Stars”

Disediakan oleh : Nureen Fatin Syafiqa Adnan

Wartawan ISMA India Zon Selatan