Lahirnya Mujahid Kecil

anak fatah

Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi atasmu dan ke atas umat Nabi Muhammad SAW.

 

 ( Hadis Riwayat Imam Thabrani )

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala puji dan syukur hanya mutlak kepada Sang Khaliq kerana dengan izinNya bumi India telah menyaksikan kelahiran mujahid sulung pasangan aktivis ISMA India, Akhi Muhammad Fatah Mohd Radzi dan zaujah, Ukhti Siti Mardhiah Mansor tepat jam 6.20 pagi 23 September 2014 bersamaan 28 Zulkaedah 1435 di Bangalore Baptist Hospital, India.

 

Semoga anak yang diamanahkan Allah ini menjadi asbab kemasukan ibu bapanya ke syurga. Bukan sahaja berjaya dunia akhirat, malahan memenuhi segala janjinya dengan Allah untuk menjadi khalifah dan abid di atas muka bumi ini. Barakalluhu fik diucapkan !

 

Wartawan : Aktivis ISMA India Zon Tengah

23 September 2014