Kesejahteraan Bagi Dirimu Pada Hari Lahirmu

baby

MANGALORE, 20 DISEMBER 2015 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada  saudara Muhammad Harith bin Md Aini dan pasangannya saudari Intan Nabila binti Ab Ghani di atas kelahiran puteri sulung mereka pada kira-kira jam 5.00 petang semalam. Bayi perempuan seberat 2.74kg selamat dilahirkan di Yenepoya Specialist Hospital, Mangalore. Ibu dan bayi kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

baby3

Semoga kelahiran mujahidah solehah kalian mampu menjadi penyejuk mata ibu, ayah dan orang-orang di sekelilingya. Semoga mujahidah solehah ini menjadi asbab syurga ibu dan ayahnya, inshaAllah.

baby4

Ibnu Abbas r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. membacakan doa perlindungan untuk kedua-dua cucunya,

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah s.w.t yang sempurna, daripada semua godaan setan dan binatang pengganggu serta daripada pandangan mata buruk. 

(HR. Abu Daud 3371, dan dishahihkan oleh al-Albani)

Wallahu’alam.

 

Disediakan oleh,

Nureen Fatin Syafiqa Adnan

Aktivis ISMA India Zon Selatan