Kepulangan Untuk Ummah !

Oleh : Mohd Firdaus Bin Sudin

Wartawan Zon Tengah ISMA Idia

IMG_8963

SHAH ALAM, 24 Jan- Empat orang bekas aktivis ISMA India telah menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan ijazah Sarjana Muda Pembedahan di Majlis Istiadat Konvokesyen ke-16 Management and Science University (MSU) bersama 1222 graduan yang lain .

Mereka adalah Mantan Pengerusi ISMA India, Dr Tuan Amirul Hasbi bin Tuan Pail, Mantan Biro Ekonomi ISMA India, Dr. Muhammad Fatah bin Md Radzi, Mantan Ahli Jawatankuasa  Media ISMA India, Dr. Hafizulfaiz Lan dan Mantan  Ahli Jawatankuasa Biro Aktiviti ISMA India, Dr Mohd Rafiuddin.

 

IMG_8962

Menurut Dr Fatah yang telah bersedia berkhidmat sebagai doktor di tanah air sendiri, profession sebagai seorang doktor bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Beliau berasa sangat bersyukur dan gembira atas nikmat yang telah Allah kurniakan bagi mengenggam segulung ijazah.

Tambah beliau, kejayaan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ianya menuntut segala macam bentuk pengorbanan. Nasihat beliau agar tabah untuk menghadapi ujian yang akan datang apabila kita melangkah ke alam pekerjaan disamping mampu untuk mengimbangi antara tarbiyah dan juga kerjaya.

Menurut Dr Rafi, berjaya menghabiskan tempoh belajar yang memakan masa selama 5 tahun di India merupakan satu pengalaman yang cukup indah dan penuh dengan cabaran. Bukan sahaja masa perlu diperuntukkan untuk belajar malahan juga kepada kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.

IMG_8964

“Kepada semua bakal-bakal doktor, disamping merawat jasmani pesakit, teruskan berperanan dalam masyarakat, mendidik dan merawat jiwa setiap insan. Gunakan kelebihan yang telah Allah kurniakan untuk menjadi agen perubah dan seterusnya merubah dunia. Jadilah doktor yang membawa perubahan dalam masyarakat”,

pesan Dr Amirul Hasbi.

Tambah beliau lagi,

“Majlis konvokesyen ini merupakan simbol kejayaan para graduan namun, ia bukanlah titik penamat perjuangan atau pembelajaran kita. Malah ia adalah titik permulaan untuk kami terus berusaha dan berjuang untuk memajukan diri, masyarakat dan negara yang dicintai”

4

Kami juga sempat menemuramah Dr Hafizulfaiz. Kata beliau, “ kejayaan ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas untuk mencorak ummah dan sebagai satu inspirasi baru kearah peringkat yang lebih tinggi lagi“

Mereka kini merupakan aktivis ISMA dan I-Medic di kawasan masing-masing dan aktif dalam kerja-kerja dakwah kepada masyarakat.
Diharapkan , dengan kepulangan mereka dapat memberi sumber inspirasi kepada aktivis belia yang masih menuntut, melonjakkan amal dakwah di tempat masing-masing serta menjadi doktor ummah buat agama, bangsa dan negara.

ISMA India mengucapkan tahniah kepada keempat-empat doktor muda ini diatas kejayaan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan atau MBBS , dan semoga mereka terus aktif bersama ISMA dan menyumbang kepada membangunkan umat beragenda walau dimana jua mereka berada.