Kelahiran Mujahidah Di Tanah Utara Karnataka

1

BELGAUM,5 NOVEMBER 2015 –  Islam benar-benar telah mengangkat martabat kaum wanita dan memuliakannya dengan kemuliaan yang belum pernah dimuliakan oleh agama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Siapa yang memiliki tiga orang anak wanita kemudian mendidiknya dan berhasil baik dalam pendidikannya, maka itu akan menjadi pembebas baginya dari Api Neraka”. Sahabat bertanya “Bagaimana jika hanya 2 anak wanita saja wahai Rasulullah ?” . Jawab Nabi s.aw. “2 anak wanita juga”.Kata sahabat lagi : “Bagaimana bila hanya 1 anak wanita saja Baginda Rasul ?” Jawab Nabi s.a.w. “1 anak wanita juga”.

2

Mabruk kepada saudari Marlyana Binti Mohd Tarmizi dan saudara Muhammad Hussein Lee Bin Adi Johan Lee kerana menyambut kelahiran seorang mujahidah ummah di Belgaum, India pada hari ini yang merupakan bayi pertama di kampus USM-KLE Belgaum. Bayi perempuan yang dilahirkan di Prabhakar Kore KLE Hospital pada pukul 7.45 pagi dengan berat 3.65 kg dilaporkan berada dalam keadaan sihat bersama umminya.

ISMA India mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasangan atas kelahiran cahaya mata pertama. Doa dan harapan kepada puteri kelahiran Belgaum ini agar menjadi menjadi serikandi pemangkin ummah yang akan menerajui dakwah dan tarbiyyah dalam usaha membina generasi harapan.

 

Disediakan oleh:

NORMUJAHIDAH HASHIM

Aktivis ISMA India