Kau Sedang Disayang…Kembalilah

Tahun 1, Fakulti Pergigian.

12 Disember 2016.

“Ish tak aci betul! Aku jawab macam sama je dengan jawapan Najwa, tapi kenapa dia boleh dapat lima markah, aku dapat tiga je?” rungut Hadija.

Ati di sebelahnya mengangguk-angguk kecil mendengar rungutan Hadija, tetapi dia malas mahu memberi respon, takut nanti makin menjadi-jadi pula rungutannya.

Ibaratnya seperti menyimbah petrol ke dalam api yang sedang marak.

“Ala rezeki Najwa lah tu Ija…dapat cikgu yang tak strict yang tanda kertas…lagipun exam sessional je kot…rileks lah,” tambah Hanah, cuba untuk menenangkan keadaan.

Hadija senyap. Dia tahu sebenarnya dia bukan ada masalah dengan markahnya yang kurang dua itu, tetapi lebih kepada perasaan iri dengan kehidupan orang lain, yang  pada Ija, kelihatan bahagia, seperti tiada masalah. Mereka kebanyakannya anak orang kaya, cantik, pandai dalam pelajaran dan disayangi pula oleh para pensyarah.

Terutamanya Najwa.

Dia iri. Dia dengki.

 

1 Tahun sebelum , di Kolej Teknologi Barat.

“Ija, cikgu nak tanya ni, awak ada apa-apa masalah ke?peperiksaan A2 dah nak dekat..tapi keputusan ujian awak tak menunjukkan sebarang improvement.Ha..awak rapat juga dengan Najwa kan?Belajar lah dengan dia.”

“Saya bukan tak usaha cikgu,tapi..”

“Kalau kamu ada masalah boleh ceritakan pada cikgu,Ija.Cikgu sentiasa doakan kamu.Hmm..takpelah,kamu balik ke bilik dahulu,banyakkan berehat,baru boleh belajar dengan tenang nanti”

Hadija tersenyum kecil.Berat kakinya melangkah keluar dari bilik guru.

Fikiran Ija berkecamuk.Ujian lepas ada 2 matapelajaran yang dia gagal.Masalah di rumah pula bertimbun.Emaknya sering sahaja mengadu akan sikap abangnya yang malas bekerja dan adiknya yang terlibat dengan geng samseng sekolah.Ditambah dengan sikap  rakan serumahnya yang pemalas dan tak habis habis bercerita tentang masalah dia dan teman lelakinya.Najwa pula?Sentiasa sibuk sampai selalu tak endahkan dia.Agh! Hadija stress!

Tut..tut..( mesej masuk)

Salam Ija.buat apa tu?malam ni Ija free tak?jom ikut akak kita pergi satu program perkongsian kat surau.pukul 8pm tau.Najwa,Hanah dan Ati pun pergi.jomlah J – Kak Tini

‘Ha ni lagi satu masalah’ – desit Hadija.Sebab banyak sangat ikut program macam ini lah aku jadi tak fokus belajar.Aku dah nak exam ni, tak ada masa lah!Najwa ,Hanah dan Ati tu tak apalah,diorang dah memang pandai.Ija terus merungut.

Mesej Kak Tini dibiarkan blueticked.

 

 

3 bulan berlalu.

Hari ini hari terakhir peperiksaan A2.Ija sudah penat.Sepanjang tempoh peperiksaan dia tak pernah keluar dari bilik melainkan untuk makan dan ke tandas.Solat pun hanya pada waktu tertentu sebab terlalu ingin fokus belajar.Dia tengok Najwa,Hanah dan Ati sempat lagi pergi ke program sukarelawan dan keagamaan,untuk menghilangkan stress katanya.Ija berkeras hati.Dia harus lulus peperiksaan ini.Dialah harapan keluarga.

Sepanjang tempoh bercuti,Ija membuat kerja sambilan.Sejak ayahnya berkahwin lain 2 tahun lepas,ayahnya jarang sekali mengambil berat tentang dia sekeluarga.Emak Ija pula menyara kehidupan dengan hanya menjual kuih.

Sehari sebelum keputusan Alevel diumumkan,Ija termenung di bucu katil.Berdebar bukan kepalang hingga mahu tercabut jantung.Ija memikirkan kehidupannya yang dipenuhi masalah.Jarang sekali dia merasa bahagia.

Kosong hidupnya jauh dari manusia,jauh dari Tuhan.

Namun malam itu,Ija berteleku di tikar sejadah,semata mata ingin memohon agar  keputusan peperiksaannya cemerlang,supaya dia dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jauh dari masalah disini.Dia ingin mulakan hidup baru.

Tidak Ija sedari bahawa masalah dia sebenarnya berpunca dari hubungan dia dengan Tuhannya.

 

Tahun 1,Fakulti Pergigian

13 Disember 2016.

Najwa masuk ke bilik Hadija petang itu dengan membawa semangkuk meehoon sup.Sengaja dia ingin berkongsi rezeki.Lagipun,dia memang ingin berbincang sesuatu dengan Hadija.

Hadija tersenyum nipis.

Najwa menyusun ayat.Sudah lama sebenarnya dia ingin meluahkan hal ini kepada Ija tetapi dia takut Ija tak dapat terima.Dia takut Ija semakin menjauh.

“Ija..”

“Hmm..kenapa..”

“ Kita kawan dah lama..sejak  pre university lagi..sebenarnya aku ada benda sikit nak cakap dengan kau,boleh?”

“Hmm cakaplah.” Hati Ija sedikit berdebar.

“Aku tengok kau selalu bersendiri.Dah lama kitorang perhatikan kau Ija,dari tahun lepas lagi.Bila kitorang nak approach kau,kau larikan diri.Dulu Kak Tini ajak pergi program pun kau taknak,padahal sebelum-sebelum tu OK je.Kitorang nak tolong kau,tapi kalau kau tak open up kat kitorang,macamana?”

Ija tunduk.Tiba tiba hatinya terusik.Sudah lama dia tidak ditegur sebegitu.

“Kak Tini sentiasa suruh kitorang jaga kau Ija.Jangan tinggalkan kau.Dia sedih sangat bila dapat tahu kau dah taknak ikut halaqah dan program.Aku sedar kau mula berubah lepas kau dapat tahu kau gagal 2 subjek tu kan. Sebenarnya kau tak boleh nak salahkan halaqah tu atas kegagalan kau sendiri mengurus masa,Ija” sambung Najwa lagi.

“Jujurnya,aku cemburu dengan kau,Najwa.Hidup kau macam bahagia..Masalah aku bukan sebab aku gagal je haritu.Keluarga aku bermasalah Najwa,tak macam keluarga korang.Aku tak kaya.Aku struggle nak tanggung kehidupan aku.Ya,aku tak pandai nak urus masa aku,aku lambat nak pick up dan ingat apa yang aku belajar.Aku rasa down,semua yang teruk tu aku lah..” Air mata Hadija mula mengalir.

Najwa sedikit terpempan.Besar ujian kau,sahabat.

“Tapi kenapa kau pilih untuk jauh dari Tuhan ,Ija?Aku faham kau banyak masalah ..masalah kau lebih banyak dari kami ni,ujian kau lebih berat.Aku akui itu.Tapi kau seharusnya semakin dekat dengan Allah,semakin banyak mengadu.Aku perasan,kadang kadang solat pun kau ambil remeh.Al Quran kau ,aku nampak berhabuk dah atas rak tu”

Esakan Ija semakin kuat.Pintu hatinya sedikit terbuka dengan teguran sahabatnya itu,dengan izin Allah.

Najwa memeluk erat tubuh Ija.Dalam hatinya tak putus-putus mengucapkan kata syukur.Benarlah Allah yang memegang hati manusia,namun kita juga harus ada usahanya.

Malam itu,usai solat Isya’ yang penuh syahdu,Ija mula membuka naskhah AlQuran.Air matanya mengalir lagi,mengenangkan kejahilan dia sebelum ini.

Tut..tut.( One audio file received from Najwa- JIka Rasa by Areef)

‘Dengarlah lagu ni,Ija.Semoga kau terus kuat! Kami sayang kau’ – Najwa

Hati Ija terusik lagi,entah buat keberapa kali harini.Namun kali ini dia semakin bersemangat,terutamanya ketika mendengar rangkap korus;

 

 

‘Jika rasa terlalu banyak ujian,

Jika rasa bagai tiada pilihan,

Jika rasa bagai mahu putus asa,

Ingatlah teman ,

kau sedang disayang..Kembalilah’

 

WAN NORAISYAH BINTI WAN RAMLI

TAHUN AKHIR

BACHELOR OF DENTAL SURGERY,YENEPOYA UNIVERSITY.

AKTIVIS ISMA ZON SELATAN.