Jaulah Kembara Cinta

Oleh : Aktivis ISMA India Zon Selatan

MANIPAL, 19 OKTOBER 2014 –  ISMA India Zon Selatan  telah menganjurkan program untuk  para pelajar perubatan dan pergigian  di sekitar Manipal dan Mangalore bertempat di Kaup Beach , Manipal, India . Seramai 16 orang peserta turut serta dalam program ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Manipal University ke destinasi .

Program ini bermula pada pukul 10 pagi dan dimulai dengan menunaikan solat sunat Dhuha di persisiran  pantai . Kemudian, sesi taaruf dijalankan  bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Program diteruskan dengan sesi pengisian tadabbur alam oleh saudara Mohd Fauzi Abd Hamid sambil merujuk kepada terjemahan Al-Quran . Antara objektif program adalah  untuk memupuk nilai menghargai keindahan alam , kebesaran Allah SWT dan menyedari hakikat serta matlamat hidup .

Aktiviti diteruskan lagi dengan solat Jamak Zohor dan Asar secara berjemaah. Seusai menunaikan kewajipan solat, sesi permainan ukhwah mengambil tempat bagi merapatkan hubungan diantara para peserta . Para peserta kelihatan sangat bersemangat dan memperoleh banyak manfaat selari dengan objektif bagi melahirkan semangat survivaliti dan ukhwah di kalangan para peserta.

Program diakhiri dengan sedikit santapan rohani bertajuk “ Pemuda dan Perubahan “ dan peserta diterapkan dengan 4 rahsia kekuatan pemuda Islam iaitu keimanan yang tinggi, keikhlasan dalam beramal , usaha yang berterusan dan pengorbanan untuk berubah menjadi seorang pemuda Islam yang lebih bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara  . Seterusnya ,  program bersurai dan para peserta tiba di Manipal University pada jam 3.30 petang .

 

IMG_9344

IMG_9360