iQurban:Pengorbanan Merentas Sempadan

Oleh: Siti Shatiroh binti Hashim

AJK Projek iQurban 2015

gg

BANGALORE, INDIA , 25 September – Alhamdulillah, buat julung kalinya projek iQurban anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India telah diadakan di Bangalore sempena Aidiladha tahun ini. Seramai 11 orang pelajar Malaysia dari seluruh India telah terlibat dalam melaksanakan projek iQurban ini dengan diketuai oleh Muhammad Hasif bin Badrulhisham.

Projek iQurban yang mula diuar-uarkan menerusi facebook page iQurbanindia  sebulan yang lalu, berjaya mengumpulkan sebanyak  60 ekor lembu dan 7 ekor kambing. Peserta qurban ini terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura dan juga mahasiswa Malaysia di India sendiri.

Acara penyembelihan diadakan pada hari Jumaat, 25 September selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha 1436H tepat jam 8.30 pagi waktu tempatan India.

Team iQurban turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menyembelih lembu dan kambing pada hari itu. Daging-daging qurban dan aqiqah telah berjaya diagihkan kepada masyarakat Muslim sekitar.

Semoga projek seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.

photo_2015-10-04_11-20-54

photo_2015-10-04_11-22-10

korban