Infaq Sales Infinity

Oleh :

Hana binti Mohamed Hear

Aktivis ISMA India Zon Utara

 

Infaq

 

BELGAUM, 22 MAC 2015- Buat julung-julung kalinya, ISMA India Zon Utara telah mengadakan jualan amal, “Infaq Sales Infinty”  yang bertujuan mengumpul dana untuk program-program dakwah kepada masyarakat  dan tarbiyah dalam kalangan ahli ISMA India.

“Infaq Sales Infinity” , namanya menggambarkan ganjaran infaq yang berpanjangan- to infinity and beyond. Mengambil pengajaran daripada firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 261 iaitu:

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas Kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Baqarah : 261)

Dengan kesedaran untuk benar-benar beramal dengan ‘ibrah daripada ayat tersebut, maka para aktivis ISMA India telah menginfakkan barangan terpakai mereka untuk jualan amal ini. Pelbagai barangan telah dijual pada hari itu, temasuklah pakaian lelaki dan wanita, keperluan rumah seperti set periuk, selimut dan cadar, buku-buku, alat tulis dan bahan makanan kering.

 

infaq2

 

Jualan bermula seawal jam 10 pagi. Rata-rata pelanggan terawal yang mengunjungi pasar lambak “Infaq Sales Infinity” di cafeteria kampus USM-KLE Belgaum telah membeli bahan makanan kering seperti pes rendang, sos pasta dan agar-agar. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang telah membeli barangan elektrik seperti periuk tekanan, mixer dan set periuk masakan.

Menjelang tengah hari, hidangan tengah hari iaitu Sisters’ Recipe Chicken Rice telah dijual. Di samping itu, WaveWhirl Curry Puff (karipap pusing) dan Henshin Sausage Rolls (roti sosej) juga dijual sebagai snek minuman petang. Jualan makanan telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung datang ke “Infaq Sales Infinity”.

Sesuatu yang menarik perhatian wartawan pada jualan kali ini ialah maklum balas daripada salah seorang pengunjung;

 

“Teruskan jualan sebegini lagi pada masa-masa akan datang. Good job ISMA India!”

-Saudara Izzat Amir Mohd. Noor, pelajar tahun 2, USM-KLE International Medical Programme-

 

 infaq 2

 

Pasar lambak “Infaq Sales Infinity” telah melabuhkan tirainya pada jam 4 petang, dengan keuntungan menjangkau Rs 20,000. ISMA India berharap agar jualan ini dapat melatih para aktivis agar sedia berkorban di jalan Allah, dan menggilap bakat menguruskan perniagaan . Semoga dengan jualan kali ini, para pelanggan serta para aktivis yang bertugas dapat meraih manfaatnya, lantas mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.