HARISMA 2017: Ukhwah dan Tarbiah Berpisah Tiada

photo_2017-04-26_17-19-59

UDUPI, 16 april 2017 – Ikatan Muslimin Malaysia cawangan India telah  mengajurkan Hari Keluarga ISMA (Harisma) khusus untuk muslimin. Seramai 21 orang berkumpul memeriahkan program yang bertempat di Malpe beach, Udupi.

 

Dengan objektif untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli juga pelajar Malaysia yang lain, pelbagai aktiviti diadakan seperti osom gergasi, ulat bulu, tic tac toe, kapten ball. Selain itu, aktiviti dalaman seperti badminton, ping-pong, carrom turut diadakan sekali.

 

photo_2017-04-26_17-19-51

 

Program dimulakan dengan bacaan al-mathurat di tepi pantai. Diikuti dengan tazkirah khas daripada Saudara Najmi Abd Latif. Antara pesanan beliau berdasarkan ayat 190-191 surah ali imran:

 

“Orang bijaksana sikapnya sentiasa memerhatikan dan mentadabbur pada kejadian alam,langit dan bumi. Mereka mendapat gelaran kelompok khas dari Allah iaitu ulul albab. Mereka juga berjiwa mukmin, yang sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan. Berdiri,duduk mahupun baring. ”

 

Selepas makan tengahari, program diteruskan dengan lawatan ke St Mary’s Island. Perjalanan ke sana memakan masa 25-30 minit menaiki bot yang disediakan. St Mary’s island terkenal dengan kawasan yang banyak mengandungi batu-batu lava yang muncul sejak jutaan tahun yang lalu.

photo_2017-04-26_17-20-04

Program diakhiri dengan majlis penutup ringkas serta penyampaian saguhati kepada semua peserta. Ucapan penutup telah disampaikan oleh saudara Mior Zainul Arif. Beliau menggesa agar semua peserta mengambil kesempatan membuat persediaan di baki lebihan 40 hari sbelum ramadhan tiba. Perubahan besar yang ingin dicipta semasa ramadhan,tidak mampu dicapai sekiranya tiada persediaan yang rapi bagi menghadapinya.

 

 

Disediakan oleh:

Mior Zainul Arif bin Zamzuri

Wartawan ISMA Zon Selatan