HARAPAN & IMPIAN BUAT TANAH AIRKU

j0400877
Suram, kelu.
Semakin gusar, semakin kaku.
Dari jauh kuintai tanah airku,
Moga  intaian kali ini mendatangkan harapan,
Moga membuahkan kegembiraan walau sedikit,
Moga merasai sinar dan cahaya.
Namun, apa yang aku nampak,
Sama jua seperti sebelumnya.
Kulihat dari jauh,
Serangan demi serangan  bertalu -talu tanpa mengenal erti penat,
Strategi yang dirancang semakin nampak arah tujuannya,
Objektif yang ingin digapai semakin menunjukkan belangnya,
Pihak musuh bersatu untuk menghancurkan sesuatu yang mulia.
Semakin ku tenung,
Ku lihat pihak yang di serang seperti tidak menyedari akan hakikat sebenar,
Seperti tidak berpijak di bumi yang nyata,
Seperti masih diawang-awangan, Padahal dibawahnya tersusun jarum tajam secara rapi menunggu dirinya untuk tehempas jatuh.
Pihak yg diserang masih mengimpikan janji yang disembur walau telah ditulis dalam kitabNya janganlah kita percaya kepada pihak kuffar melebihi kepercayaan kita terhadap pihak mukmin.
Namun ku pasti,
Masih ada sekelompok dalam pihak yang diserang menyedari hakikat ini.
Mereka ini melaungkan;
“Kami menyeru kepada kesepakatan,
Marilah kita berganding bahu atas perkara-perkara yang kita harus persetujui bersama.
Marilah kita membina syaf yang kukuh dan tersusun untuk menghalang dan merempuh apa jua ancaman yang menggadaikan maruah Agama yang mulia ini.
Marilah bersama-sama kita menjadi rantai untuk mengembalikan Khalifah Islamiyah di bumi ini.
Sesungguh nya kami dan kamu adalah saudara seaqidah,
Kita mengucapkan syahadah yang sama,
Kita menyembah Tuhan yang Esa,
Kita sujud menghadap kiblat yang sama,
Kita jua mempunyai tujuan yang sama di atas muka bumi ini.
Dan kita akan sama-sama berjuang menegakkan kalimahNya dalam setiap penjuru di rantau ini.
Ayuh, pegang erat tangan ku, akan kita tempuh segalanya dan genggaman ini tidak akan terlerai kerana tujuan kita adalah Lillahi taala.
Kalau bukan kita bersama-sama, siapa lagi yang kita harapkan? “
Aku tersenyum sendiri,
Masih ada harapan dan sinar…
Untuk negara ku Malaysia.
Hidup mulia sehingga Risalah ini tertegak
Atau
Kami mati secara mulia dalam perjuangan mengibarkan Panji ini.
-azfaniza jawawi-

Membina Generasi Harapan