GRADUASI : SEGULUNG IJAZAH BUAT SERIKANDI UMMAH

photo_2017-05-07_10-14-43

 

MANGALORE, 6 Mei- Majlis Graduasi yang ke-24 telah berlangsung di TMA Pai Hall, Mangalore yang bermula pada jam 5.00 petang bagi meraikan para graduan yang dianugerahkan Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) setelah berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun setengah di Kasturba Medical College,Mangalore.Antara yang turut diraikan termasuklah 2 orang aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India, saudari Nureen Fatin Syafiqa Binti Adnan dan juga saudari Nazurah Binti Jaafar Sidek.

 

Saudari Nureen yang juga merupakan mantan Ketua Editor Majlis Editor ISMA India manakala saudari Nazurah pula mantan Naib Pengerusi I-Medik cawangan India telah berjaya memperoleh Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS).Mereka merupakan aktivis yang sering melibatkan diri dalam pelaksanaan aktiviti dan program anjuran ISMA India.Mereka bukan sahaja mampu cemerlang dalam bidang akademik malahan mampu memberikan yang terbaik dalam urusan dakwah dan tarbiyyah.

 

 Alhamdulillah sangat bersyukur atas nikmat kekuatan dan kejayaan mengharungi liku-liku kehidupan sebagai muslim yang belajar di India. Terima kasih kepada keluarga yang tak putus-putus memberi sokongan dari kejauhan. Semoga ikhwah akhawat isma india sentiasa diberikan kekuatan untuk menggalas tanggungjawab daie muslimin yang menuntut ilmu di jalanNya – Dr Nureen

 

Dr Nureen menyatakan bahawa berjauhan dengan keluarga membuatkan kita perlu mencari rakan-rakan yang baik dan sihat akhlaknya; untuk pastikan kita kekal jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim tak kira di mana kita berada dan jangan banyak memberi alasan jika diberi tugasan,sama ada dalam urusan akademik atau tanggungjawab dakwah dan tarbiyah kerana sebagai seorang muslim, setiap daripada kita tak terlepas daripada menunaikan hak amar makruf nahi munkar.

 

Dr Nazurah pula menyatakan rasa syukur beliau dan apa yang dapat dicapai oleh beliau selama ini adalah rahmat daripada Allah dan hasil doa orang sekeliling.

 

Betulkan niat ketika belajar dan persiapkan diri utk menghadapi cabaran baru yg lebih besar selepas ini.Another doctor for ummah InshaaAllah –Dr Nazurah

 

photo_2017-05-07_10-15-31

 

 

ISMA India mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Nureen dan Dr Nazurah akan sinar kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan.Semoga kedua-duanya lebih cemerlang dan terus bersemangat dalam menggalas amanah yang akan diberikan.Jadilah seorang doktor yang bukan sahaja bisa merawat jasmani malahan rohani pesakitnya juga agar kehadiran seorang doktor yang hebat dapat memberi sinar buat masyarakat yang kian tenat.

 

Laporan disediakan oleh : Ainnur Aisyah Binti Lahmudin

Wartawan ISMA India Zon Selatan