GRADUASI: Cemerlang Untuk Ummah

SHAH ALAM, 17 MAC 2018 | Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India:

1.Dr.Khairunnisa binti Abdullah Sani
2.Dr.Khadijah binti Hamsin
3.Dr.Siti Nabilah binti Kamaruzaman
4.Dr.Najihah binti Mohd Yusri
5.Dr.Sarah Raihan binti Hamzah
6.Dr.Saiyidah Farah Athirah binti Samsudin
7.Dr.Siti Aisyah binti Mohd Nasir

Yang menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-22 International Medical School, Management and Science University (IMS-MSU). Mereka telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan atau Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS).

Saudari Khairunnisa merupakan mantan setiausaha agung, Saudari Khadijah mantan biro ekonomi, Saudara Najihah mantan ajk media dan dakwah manakala Saudari Nabilah merupakan mantan timbalan biro pengkaderan.

Pihak ISMA India berbangga dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan di dalam usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti dakwah melalui ISMA India. Kami sentiasa mendoakan agar mereka terus kekal dan tsabat dalam perjuangan di atas jalan-Nya. Semoga dengan pengiktirafan doktor ini merupakan suatu platform untuk terus memacu dalam mencorak ummah juga urusan dakwah tidak kira di mana sahaja mereka berada. “Membangun Mahasiswa Beragenda”

29598373_1184680734968291_3789134153470404595_n