ISMA India | Membangun Umat Beragenda

64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.

Holocaust.

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Penodaan kesucian al Quds

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel

Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah

1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata

8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !

Salam perjuangan

Dr Z

Sumber : Peduli Ummah

‘LOVE’ Tautkan Hati kerana Allah
5 Mei- Program ‘LOVE’ yang dianjurkan oleh ISMA India diadakan khusus untuk menyambut ketibaan siswi-siswi tahun pertama secara rasminya ke bumi Bangalore, India. Program ini juga memberi kesempatan kepada pelajar siswi baru untuk lebih mengenali India dari perspektif yang lebih menarik. Perkataan ‘LOVE’ dipilih dengan harapan dapat mentautkan lagi hati antara siswi yang lebih senior dengan junior tahun pertama.

Hampir keseluruhan siswi yang dijemput, hadir ke program ini. Program bermula pada jam 8.30 malam, dimulakan dengan hidangan makan malam. Seterusnya, sesi taaruf iaitu perkenalan disusuli. Daripada sinilah, siswi-siswi mengenali antara satu-sama lain. Sesi ini diakhiri dengan sambutan hari lahir seorang daripada siswi tahun pertama yang hari lahirnya adalah pada hari kedua berada di bumi Bangalore.

Kemudian, diteruskan lagi dengan tayangan video-video yang disediakan khas dari unit media khusus buat siswi yang baru tiba di sini. Tayangan video ini lebih menekankan kepada pengenalan kepada bumi Bangalore itu sendiri di samping memberi gambaran tentang perjalanan hidup pelajar Medik.

Program diakhiri dengan penyerahan kad-kad ‘wallpaper’ untuk setiap siswi-siswi tahun pertama dengan harapan semoga semangat dan iltizam untuk terus istiqamah dalam mengutip ilmu Allah yang luas ini diteruskan tanpa henti khususnya di bumi Bangalore sendiri.

Pesanan ringkas buat siswi-siswi tahun pertama, “Peluang yang ada jangan disia-siakan kerana pasti ada hikmah besar yang menunggu mereka yang terus kekal pada jalanNya. Barang sesiapa yang membantu agama Allah, pasti Allah akan meneguhkan kedudukannya.”

Disediakan oleh,

Media ISMA India

Rehlah Open Your Eyes Ajak Siswi Berfikir
12 Mei- Rehlah ‘Open Your Eyes’ yang bertempat di Lalbagh Garden, Bangalore semalam telah memberi peluang kepada siswi-siswi untuk bersama-sama melihat, meneliti dan mengkaji di sebalik keindahan penciptaan alam Allah SWT di samping mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama pelajar siswi.

Dalam erti kata yang lain, mentadabbur alam adalah salah satu ibadah yang boleh melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Pencipta kita, Allah SWT dengan melihat dan meneliti disebalik kehebatan ciptaan dan kekuasaanNya. Rehlah yang diadakan ini juga telah memberi kesempatan kepada siswi yang baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi Bangalore untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Program ini bermula seawal 8.30 pagi di mana siswi-siswi mula berkumpul sebelum ke Lalbagh Garden yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari tempat penginapan para siswi. Setibanya di Lalbagh Garden, tempat yang sesuai dipilih untuk meneruskan slot-slot berikutnya.

Slot pertama dimulakan dengan sesi taaruf sesama siswi. Dengan kesempatan perkenalan ini, semoga ukhuwah yang bakal terjalin dan yang sedia terjalin menjadi lebih utuh dan erat lagi. Kemudian, slot berikutnya adalah slot Tadabbur Alam. Di sini, siswi didedahkan bagaimana untuk menimbulkan kecintaan kepada Allah SWT melalui tadabbur alam. Slot yang terakhir  adalah slot Fikir dan Zikir. Ukhti Farah menekankan bahawa kepentingan kepada kita melihat alam dengan mengeluarkan persolan, “Bagaimana kita melihat alam berbanding apa yang kita lihat?”

Kemudian, siswi dihidangkan dengan makan tengah hari sebagai penutup kepada program. Rehlah kali ini tamat pada jam 1 tengah hari selepas semua siswi usai menjamu selera. Semoga dengan rehlah kali ini dapat membuka mata, hati dan pemikiran peserta untuk lebih menghargai alam yang Allah ciptakan lantas dapat melahirkan cinta dan sayang kepadaNya.

Disediakan oleh,

Media ISMA India

Perginya Seorang Pejuang
5 April 2012 – Seorang yang berniat untuk pergi berjihad akan mendapat pahala jihad walaupun dia mati di atas katil. Timbalan Menteri dalam Majlis Undangan Negara Palestin dan juga pemimpin Hamas, Sheikh Hamed Betawi, meninggal dunia semalam, Rabu petang 2012/04/04, di sebuah hospital di Baitul Maqdis, setelah menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Ulama Palestin, pernah dihalang oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel untuk mendapatkan rawatan di Jordan kemudiannya memaksa beliau menjalankan rawatan di Baitul Maqdis, akan tetapi dihalang untuk memasuki Baitul Maqdis.

Tentera rejim Zionis Israel subuh semalam telah menangkap anaknya dalam operasi ketenteraan dalam serbuan dirumahnya di pinggir bandar timur Nablus, utara Tebing Barat.

Sheikh Betawi (70 tahun) telah beberapa kali menjalankan pembedahan, dan yang terakhir di hospital “Catheter” untuk memotong jari kakinya disebabkan kencing manis.

sumber : Aman Palestin

Amaran Israel: “Perang Mungkin Berlaku”
5 April 2012 – Komander wilayah utara tentera penjajah ini, Yair Golan, “perang yang berlaku di Timut Tengah menjadi petunjuk wabak perang akan merebak di rantau ini”, menurut dakwaan beliau.

Golan berkat demikian dalam temu bualnya dengan akhbar “Israel Hari ini” yan di terbitkan semalam, Rabu 2012/04/04, kebimbangan keadaan di rantau itu Arab sekarang ini, memungkinkan peperangan akan berlaku tanpa amaran awal.”

Sumber rasmi rejim Zionis Israel berkata, parti “Hizbullah” di Lubnan, memiliki senjata kimia dan ini akan akan memaksa Tel Aviv untuk mengambil langkah-langkah menangani situasai ini dan Hassan Nasrallah adalah nombor 1 Israel,” katanya lagi.

sumber : Aman Palestin

Giliran Dunia Barat Menjadi Buih Di Lautan
Abad ke 20 dan 21 menyaksikan dunia Barat muncul sebagai tuan kepada dunia Islam. Dunia Barat yang menentukan hala tuju dunia Islam. Dunia Barat yang menjadi polis kepada Dunia Islam. Dunia Barat yang menjadi pembuat dasar dunia Islam.

Cukuplah!

Zaman tersebut perlu diakhirkan. Dunia Islam perlu bangkit mempertahankan kembali maruah dan kemuliaanya.

Jika dulu dunia Barat mengambil posisi sebagai khalifah dunia, kini sudah tiba masanya untuk Islam mengambil posisi tersebut.

Dunia Islam mempunyai segala-galanya yang memungkinkan mereka untuk mengawal seluruh dunia. Mereka mempunyai minyak yang banyak. Mereka mempunyai hasil hutan yang banyak. Mereka mempunyai tenaga manusia yang ramai. Mereka mempunyai hasil galian yang banyak lagi pelbagai. Jika dunia Islam bersatu, pasti Barat akan tumbang.

Sejarah membuktikan bahawa dunia Barat berjaya menawan Islam disebabkan kelemahan dunia Islam itu sendiri. Barat telah merusaha untuk menjatuhkan Islam sejak sekian lama tapi mereka tidak pernah berjaya dek kerana dunia Islam pada masa itu masih kuat dari segi keilmuannya, ketenteraannya, kegigihannya, tingkahlakunya dan dari segenap sudut.

Antara perkara lain yang perlu dipelajari dari kejayaan dunia Barat menawan Islam adalah serangan yang berterusan oleh Barat kepada Islam. Serangan yang berterusan ke atas dunia Islam memberikan mereka peluang untuk menelusuri celahan sejarah beradaban dunia Islam yang akhirnya berjaya menukarkan beradadan yang pada asalnya adalah milik Islam kepada milik mereka.

Dunia Islam perlu belajar daripada sejarah. Mereka perlu bersatu. Mereka perlu mengambil posisi untuk menyerang dunia Barat. Serangan tersebut perlulah secara berterusan sehingga terjatuhnya beradaban dunia Barat. Dunia Barat perlu dihilangkan daripada dunia ini sehingga mereka tidak lagi mampu bangkit. Dunia Barat perlu di pecah-belahkan. Biar mereka pula yang menjadi ibarat buih di lautan. Biar mereka pula yang menjadi ibarat orang suruhan kepada dunia lain.

Jika kini, dunia Barat menjadikan dunia Islam sebagai bahan lawak, akan tiba masanya dunia Barat yang menjadi bahan lawak dan gelak ketawa. Bahkan akan tiba masanya dunia tidak akan mengenali lagi perihal dunia Barat. Pada ketika itu, dunia Barat hanya wujud di dalam kisah dongeng yang tidak memberi apa-apa makna lagi dalam kehidupan masyarakat.

Bangkitlah wahai dunia Islam! Maju lah ke hadapan ibarat segerombolan singa yang mengejar kancil dengan pantas. Walau selaju mana pun sang kancil tersebut berlari, ia pasti akan kecundang dan akhirnya menjadi mangsa ratahan sang singa.

Zulhilmi Hasif bin Mahammad Asri

Biro Dakwah dan Aktiviti ISMA India

Cerpen : Luhur (Bahagian 2)
12 Feb 2024

“Abah , Iqbal nak buku ni boleh tak?”

Sambil jari telunjuk  Iqbal menunjuk ke sebuah buku yang ter letak di rak bahagian novel tarbiyah.

“Owh. Kejap ye, abah nak tengok apa isi kandungan buku novel ni.”

Buku yang bertajuk ‘Mujahid Muda’ itu dibeleknya. Semenjak dari kecil lagi, Usman telah membiasakan budaya membaca di dalam diri anaknya. Kerana baginya, membaca merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu umat.  Wahyu yang pertama sekali diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W juga menyeru umat Islam untuk membaca.

“Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengan menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)

Ruang Kedai Buku Popular yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman kelihatan sesak dengan pelanggan. Kelihatan ibu bapa bersama anak-anak mereka, pelajar sekolah dan juga universiti serta orang awam yang lain. Masing-masing mahu memanfaatkan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan berkunjung ke kedai buku. Usman juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa isteri dan anaknya ke kedai buku tersebut.

“Wah, banyaknya buku yang Iqbal beli. Bagus anak umi ni.”

“Terima kasih umi!”

Tersenyum Usman melihat anak dan isterinya bersenda.

“Jom Iqbal, abah nak bawa Iqbal dan Umi pergi satu tempat yang sangat istimewa.”

“Apa tempat yang istimewa sangat tu abah?” Iqbal bertanya.

“Zoo Negara!”

“Wah, seronoknya. Boleh tengok banyak binatang. Iqbal dah lama berhajat nak tengok Orang Utan. Iqbal ada baca dalam internet yang manusia ni ada kaitan dengan Orang Utan. Betul ke abah?”

Teori evolusi oleh Charles Darwin. Masih ada lagi manusia yang mengagungkan teori yang sudah terbukti salah dari pandangan agama dan saintifik. Usman mengeluh.

“Wahai manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” ( An-Nisa: 1)

“Kejap lagi abah jawab eh sayang. Jom kita pergi makan dulu. Iqbal mesti dah lapar kan?”

Dengan pantas Solehah memegang tangan anak dan suaminya menuju ke satu restoran kegemarannya di Jalan TAR.

Usman tersenyum lagi.

“Satu!”

“Arghh!”

“Dua!”

Terdengar lagi jeritannya. Kelihatan air matannya menitis setitik demi setitik.

“Tiga!”

Berakhir sudah hukuman sebat yang dikenakan kepada Chong, atau nama sebenarnya Fahim. Sakit. Semenjak penubuhan SASER, semua pelajar menggeruni hukuman sebatan Cikgu Shahrul jika melanggar peraturan sekolah. Namun terdapat juga pelajar yang tidak serik-serik mengulanginya walaupun sudah beberapa kali berdepan dengan hukuman tersebut.

“Cikgu harap, lepas ni kamu akan berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kalau boleh, cikgu tidak mahu menjatuhkan hukuman ini kepada kamu. Tapi Lembaga Disiplin sekolah sudah sepakat untuk menyingkirkan kamu dari sekolah ini. Dengan kata lainnya, kamu dibuang sekolah.”

Dalam penuh kesedihan, Cikgu Shahrul, pengetua SASER memberitahu Fahim.

Kesalahan yang dilakukannya bukannya ringan. Memukul pelajar junior,merokok, keluar tanpa kebenaran dan mencuri. Empat kesalahan yang dikategorikan dalam kesalahan kelas A.

Fahim tertunduk faham. Memang apa yang dilakukannya sangat serius. Nasibnya sangatlah baik kerana tidak dihantar ke polis. Separuh mati dia membelasah pelajar tersebut. Tanpa sebab.

Terasa kelam masa depannya.Pada tahun ini dia akan mengambil peperiksaan SPM. Penentu masa hadapannya. Namun dek kerana tidak dapat mengawal perasaan amarahnya, masa depannya tergadai.

“Terima kasih cikgu.”

Hanya perkataan itu sahaja  yang mampu di ucapkan kepada pengetua cemerlang seluruh Malaysia 7 tahun berturut-turut itu.

Lemah. Dengan kesakitan yang masih terasa di bahagian punggungnya, Fahim melangkah keluar dari bilik pengetua.

Satu sekolah kecoh. Ramai yang sudah mengagak Fahim akan dikenakan hukuman buang sekolah.  Kebanyakan juniornya berasa gembira. Tidak kurang juga rakan-rakannya yang berada di tingkatan yang sama. Rata-ratanya mereka semua tidak menyukai perangai Fahim yang seperti gangster.

“Fuhhhh!”

Berkepul-kepul  asap rokok dihembuskannya.

Pemandangan tengah malam pekan Sikamat dari puncak menara tangki air yang terletak di sebelah padang bola tampar itu sangat indah. Kelihatan pusat snuker yang selalu dilawatinya ketika ‘fly’.  Para pelajar dilarang daripada naik ke puncak menara tangki air tersebut kerana bahaya. Arahan yang sering diendahkan oleh Fahim.

Ini malam terakhirnya di sekolah ini. Tidak ada seorang pun dari rakannya yang berasa sedih di atas pemergiannya. Namun Fahim tidak kisah. Sepanjang setahun dia berada di sini, tidak ada yang mahu rapat dengannya, kecuali Apai. Apai pun entah ke mana perginya.

Tanpa disedarinya, sepasang mata memerhatikan kelibatnya dari depan makmal sains.  Seseorang yang sangat dibenci oleh Fahim.

Fahim Bin Abdullah. Pelajar tingkatan 5 Gamma. Sejak dari kecil, dia tidak pernah mengenali ibu bapanya. Yang dikenalinya hanyalah warden sebuah rumah anak yatim yang terletak di Rembau. Kata wardennya itu, Fahim diserahkan kepada rumah anak yatim itu oleh seseorang yang tidak dikenali. Katanya anak itu dijumpai di hadapan masjid. Sejak daripada itu, Fahim membesar di rumah anak yatim.

Perangainya mulai berubah apabila usianya mencecah 15 tahun. Gara-gara seorang rakannya di asrama tersebut memanggilnya degan gelaran ‘anak haram’. Teruk dibelasahnya budak tersebut. Nasibnya baik. Tiada hukuman dikenakan. Dia tidak suka digelar dengan gelaran tersebut. Setahunya, setiap bayi yang lahir adalah suci. Tidak ada kena mengena dengan dosa yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Berikutan kejayaan Fahim mendapat keputusan 9A di dalam PMR, dia mendapat tawaran untuk belajar di SASER di bawah biaya kerajaan negeri. Pada awalnya dia menolak tawaran tersebut. Namun selepas dipujuk oleh wardennya, akhirnya dia bersetuju untuk berpindah sekolah.

Akan tetapi, sekolah yang sepatutnya menjamin masa depannya itu, menjadi igauan buruk buat Fahim. Semasa di Tingkatan 4, dia sering dibuli oleh pelajar senior. Gelaran ‘anak haram’ sudah menjadi nickname. Beberapa kali dia menegaskan kepada senior-seniornya yang dia tidak suka digelar dengan gelaran tersebut. Akibatnya, seringkali dia dibelasah oleh seniornya. Dikalangan rakan-rakannya, dia juga dipandang rendah dek kerana status ‘anak haramnya’ dan juga kerana kemiskinan.  Dipendamkannya di dalam hati. Tidak pernah dia berhasrat untuk memberitahu guru-gurunya. Kerana tidak tahan dengan perkara tersebut, Fahim mula merokok, ‘fly’ dan sebagainya. Beberapa kes kecurian juga dilaporkan dan semua pelajar menuduh Fahim. Memang dia yang melakukan perbuatan tersebut. Oleh kerana mukanya yang  nampak seperti orang cina, dia juga dipanggil dengan nama gelaran ‘Chong’.

Apabila Fahim melangkah ke tingkatan 5, perangainya semakin teruk. Dia membalas dendam terhadap bekas seniornya dengan membelasah adik kepada bekas seniornya itu  yang kebetulan mendapat tempat di sekolah itu, dan juga pelajar-pelajar  junior yang lain. Hampir semua pelajar membencinya. Walaupun perangai Fahim sangatlah teruk, keputusan peperiksaannya antara yang terbaik di peringkat sekolah. Itu juga adalah antara salah satu sebab mengapa Tuan Pengetua berasa sayang untuk menyingkirkannya dari sistem sekolah berasrama penuh(SBP).

Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Hukuman telah pun dijatuhkan. Hari esok, 15 Feb 2024 dia akan melangkah keluar dari sekolah cemerlang 20 tahun berturut-turut itu.

“Chong, tunggu sebentar.”

Kedengaran satu suara memanggilnya. Tika kakinya baru sahaja hendak melangkah ke pintu pagar utama sekolah. Lantas dia menoleh kearah pemilik suara tersebut.

“Ada apa Zaman? Aku dah nak pergi ni.”

Zaman, seorang ahli BADAR sekolah. Zaman seringkali menasihatinya tatkala dia melakukan kesalahan. Apa yang membuatkan Zaman berbeza daripada orang lain adalah cara tegurannya. Lembut dan penuh berhikmah. Cuma dia sahaja yang buat tidak endah dengan teguran Zaman.

“Aku ada barang nak bagi kat kau, Chong.”

Zaman menunjukkan satu bungkusan di tangan kanannya.

“Barang apa tu Zaman. Cepat sikit. Aku dah lambat ni”.

Fahim cuba membuat alasan. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang nak dikejarkannya. Tiada siapa pun yang akan datang menjemputnya.

“Kau ambil je la. InsyaAllah ianya akan membantu kau dikala waktu kau senang dan susah. ”

Dengan segera,  Zaman menghulurkan bungkusan tesebut kepada Fahim.

“Terima kasih ye Zaman. Aku minta maaf, selama ni aku banyak buat salah dengan kau.”

Zaman juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli Fahim. Kadang-kadang dia berasa rimas dengan teguran yang diberikan oleh Zaman. Namun dia mendapati Zaman seolah-olah tidak berputus asa menasihatinya. Nasihat dan teguran berterusan  diberikan Zaman kepada Fahim. Sehinggakan Fahim sudah merasa kasihan untuk membuli Zaman.

“Aku sudah lama memaafkan kau, Chong. Jaga diri tau. Aku tahu kau tak punya sapa-sapa di luar sana.”

Dengan pantas Zaman menarik tangan Fahim dan memeluknya. Sempat dia berbisik sesuatu kepada Fahim.

Zaman melambai-lambai Fahim dari pintu pagar utama sekolah. Hanya Zaman sahaja yang berada di situ. Fahim bernasib baik kerana ada juga rakannya yang sudi menemaninya sehingga ke pintu pagar. Anggapannya tidak ada seorang pun yang mahu menghantarnya. Tidak kisah.

Bas menuju ke Terminal 1 sudah pun sampai. Segera Fahim memasuki bas tersebut dan mengambil tempat duduk yang paling belakang. Sempat juga dia menoleh ke arah pintu pagar utama sekolah. Kelibat Zaman sudah pun tiada. Bermulalah kehidupannya di dunia luar. Keseorangan. Dengan bekalan duit yang tidak berapa banyak, itupun diberi oleh Tuan Pengetua.

Fahim kehilangan punca.

“Usman, hari ini saya ada berita baik untuk awak. Awak akan menerima seorang pekerja baru yang akan menjadi Timbalan awak. Dan pihak pengurusan syarikat juga bersetuju untuk menaikkan gaji awak. Ini semua sebagai tanda penghargaan syarikat terhadap prestasi kerja kamu yang sangat cemerlang”.

“Duk fikir ape tu bang?”

“Eh, awak. Takde pape lah. Tengah fikir pasal awak la.”

“Ada-ada aje la abang ni. Nah minum kopi yang Solehah buatkan ni.”

“Jazakillah. Pandai isteri abang ni ambil hati suami. Sedap kopi yang awak buat ni.”

Perlahan-lahan Usman menghirup kopi yang diberi isterinya. Panas.

“Abang, dah pukul 12 malam ni. Tak nak tidur lagi ke?”

“Awak tidur dulu eh. Saya ada kerja nak disiapkan ni. Iqbal dah tidur ke?”

“Iqbal dah tidur. Takpe lah kalau macam tu, saya masuk tidur dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam wbt.”

Usman memerhatikan isterinya masuk ke kamar tidur mereka. Sempat juga Solehah menoleh kearahnya, melemparkan senyuman. Umpama senyuman bidadari. Tenang.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Matanya masih belum mengantuk. Bingung memikirkan masalah kerjanya. Laporan kewangan yang diterimanya pagi tadi diselak berulang kali. Pengiraan juga dilakukan berulang kali.

“Pelik. Kemana hilangnya separuh daripada peruntukan untuk projek terbaru syarikat?”

Masa terus berlalu. Berair mata Usman menahan untuk tidak mengantuk.

“Mesti ada kesilapan semasa key in tadi. Takpe lah esok aku check balik dengan dia.”

“Usman,Usman. Kau tengok lah nanti nasib kau. Aku akan pastikan kau merana. Hahahaha!”

Gelak tawanya memecah keheningan malam.

Disediakan oleh,

Abu

ISMA India

Rindukan Syurga Di Kala Getir
Hidup memang sukar. Agaknya ramai yang setuju dengan kenyataan saya ini tambah-tambah lagi di India sekarang merupakan musim peperiksaan. Saya sendiri menulis artikel ini dengan perasaan yang gusar. Gusar dengan tekanan, gusar dengan masa depan yang tidak tentu.

Apabila memandang ke hadapan, apa yang saya lihat bukanlah kesenangan bahkan kesukaran yang bertambah. Rasa seolah diri ini ditipu oleh orang-orang tua yang tidak memahami hakikat kehidupan sebenar. Kata mereka:

“Belajarlah rajin-rajin, susah-susah sekarang, nanti bila dah tua hidup senang haaa…”

Hati ini memberontak untuk menerima kata-kata mereka sebagai benar. Apa tidaknya. Sekarang saya berada di tahun akhir Perubatan. Tahun yang paling sukar untuk seorang pelajar Perubatan. Apabila tamat pengajian, hari mendatang hanyalah episod-episod yang lebih sukar dari tahun akhir Perubatan. Saya akan menempuhi housemanship selama dua tahun. Umum mengetahui tempoh housemanship lah tempoh yang paling getir. Kita bekerja bagaikan hamba. Cukuplah saya lihat doktor-doktor di hospital posting saya sekarang. Melihat kesibukan mereka pun sudah cukup meletihkan kita.

Dalam housemanship saya yang sudah berkahwin ini merancang untuk menimang anak. Satu lagi kesukaran yang bakal ditempuhi. Dalam housemanship, bukan sekadar kerja yang perlu difikirkan. Akademik juga perlu diasah dalam kesibukan ini demi meraih tempat dalam speciality yang ingin dikejar. Dalam kesibukan kerja dan belajar, saya juga perlu memikirkan perihal keluarga nucleus dan juga keluarga extended yang masing-masing ada kerenahnya tersendiri.

Bagi mereka yang memahami tuntutan dakwah, kerja-kerja sebagai dai’e memakan sebahagian besar lagi dari hidup yang sudah sempit ini. Alangkah bagusnya jika sang dai’e ini ada lebih 2 jam daripada 24 jam yang Allah berikan. Namun itu hanyalah ilusi syaitan semata. Kerja-kerja dakwah merupakan urgensi yang sangat besar. Tidak terlintas untuk kita meninggalkannya. Hanya mati yang memisahkan antara dakwah dan dai’e, kecuali jika nafsu menguasai diri (na’uzubillah).

Begitulah hidup. Semakin lama kita hidup, semakin getir ujian, semakin sukar jalannya, semakin sempit diri ini. Anak yang ditimang akan bertambah. Perlahan-lahan mereka membesar. Pembesaran mereka pula perlu diteliti setiap inci supaya mereka menjadi manusia yang tunduk kepada Allah S.W.T. Dakwah yang dibawa semakin berkembang. Daripada sekadar menguruskan satu usrah, ia berkembang sehingga kita perlu memikirkan masalah satu masyarakat bahkan satu negara. Kerja yang semakin sukar dan berat.

Sekali lagi saya tekankan… dari sehari ke sehari, hidup makin sukar… hidup makin getir.

Maka apa lagi harapan yang ada untuk kita meneruskan kehidupan? Jika hidup makin getir, adakah ia berbaloi untuk meneruskan hidup dalam kesakitan ini? Di mana harapan kita? Bilakah kita akan berehat dari kegetiran ini?

Sahabat-sahabat sekalian. Harapan itu terdapat pada syurga. Dalam keperitan hidup yang dilalui, ingatlah akan syurga yang mahu diraih. Kita bekerja bersusah payah hanya akhirnya untuk kembali ke tempat berehat yang abadi itu. Tempat di mana tiada persengketaan, tiada kesusahan. Yang ada hanyalah kesenangan:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya, dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula perkataan) dusta. Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,”

Dikala hidup berada dalam kegetiran ayuh kita tanamkan kerinduan pada tempat kerehatan yang abadi itu. Kerana hidup kita adalah ibadah, dan hadiahnya adalah kesenangan abadi bernama syurga.

Disediakan oleh,

Anas Aminin W M Izzuddin

Setiausaha ISMA India

Perubahan yang tidak dapat direalisasikan (Bahagian 1)
Kita merasakan perlunya kepada perubahan setelah melalui proses pentarbiyyahan. Kita mahu tinggalkan segala perkara yang bertentangan dengan Islam. Kita tekad untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik. Kita dambakan cinta Allah.

Namun, perasaan tersebut hanya hangat di siang hari. Perasaan tersebut tidak kuat untuk terus kekal tersemat di hati kita. Kenapa?

Banyak faktor yang menjadi penyebab seseorang menyimpang daripada agama Allah, lantas perubahan yang diinginkan tidak dapat dicapai.

1. Jiwa yang kotor

“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf:36)

Ulama mengatakan bahawa makna ayat di atas adalah Allah akan memberi teman jahat yang dapat menyeret pada kesesatan bagi orang-orang yang berpaling dari jalanNya.

Orang yang meninggalkan masjid akan anda temui di kafe. Orang yang meninggalkan al-Quran akan anda temukan membaca majalah-majalah hiburan. Dan orang yang tidak membaca al-Quran, akan anda temukan menyanyikan lagu-lagu barat.

Orang bersengkang mata membaca al-Quran, engkau bersengkang mata untuk melakukan kesesatan. Orang lain mendekatkan diri kepada Allah, sementara engkau mendekatkan diri kepada syaitan. Orang memelihara kehormatan dan membentuk akhlaknya dengan akhlak Islami, sedangkan engkau sentiasa bergelut dalam maksiat dan kesesatan.

Apa yang membuatkan mereka jatuh seperti itu? Kerana keinginan jiwa mereka yang membuatkan mereka jatuh seperti itu.

Allah swt berfirman dalam surah ash-Shaff, ayat 5 yang bermaksud:

“Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”

2. Menuruti hawa nafsu

Jika hawa nafsu telah menunggangi akal seseorang, maka orang itu pasti tersesat. Orang yang tunduk kepada hawa nafsunya, pasti dihabisi oleh hawa nafsu itu.

Orang-orang berbuat maksiat kepada Allah hanyalah kerana besarnya dominisi nafsu terhadap diri mereka. Dia melihat api yang bergolak kemudian masuk ke dalamnya hingga terbakar. Dia melihat sesuatu yang menakutkan, lalu masuk ke dalamnya. Dan dia tahu di hadapannya ada bahaya, namun tetap mengambilnya.

“Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” (Shad: 26)

3. Membiarkan waktu kosong

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun: 115)

Menurut ulama salaf, jika seseorang memiliki waktu kosong, bererti dia lalai. Apabila seorang mukmin mempunyai waktu yang kosong maka ketahuilah bahawa dia orang yang lalai.

Umar bin Khattab berkata: “Kalau orang yang saya lihat tidak sedang menyibukkan diri dengan urusan dunia atau akhirat, maka nilai orang itu jatuh dari pandanganku.”

Ada orang yang bertanya kepada Atikah, isteri Umar: “Apa yang dikerjakan Umar? Atikah menjawab: “Ketika pergi ke tempat tidur, dia menyediakan air dingin di sisi tempat tidurnya itu. Jika merasa ngantuk, dia langsung memercikkan air tersebut ke mukanya, lalu berzikir. Kalau mengantuk lagi, dia menitiskan air tersebut ke mukanya lagi. Jika telah datang tengah malam, dia bangkit untuk melaksanakan solat, menangis, dan berdoa hingga terbit fajar.”

Atikah bertanya kepada Umar: “Wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau tidak tidur?” Umar menjawab: “Jika aku tidur pada siang hari, maka rakyatku akan hilang. Dan jika aku tidur pada malam hari, maka jiwaku akan hilang.”

4. Lalai dan tidak menggunakan akal

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itu orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf: 179)

Lalai merupakan penyakit yang sangat berbahaya. Orang yang dijangkiti ini akan memperhatikan segala sesuatu, kecuali agama. Ada yang perhatiannya pada keretanya, ada juga yang terpaku pada minuman dan makanannya, ada yang hanya memperhatikan pakaian beserta semua urusan kehidupannya.

Banyak orang mengetahui sistem komputer, tetapi tidak mengetahui jalan menuju Allah. Dia siap sedia mengorbankan seluruh waktunya kecuali untuk beribadah secara istiqamah. Dia bersedia bercakap selama sepuluh jam, namun tidak untuk berzikir kepada Allah. Dan dia mahu membaca majalah dan surat khabar yang dikehendaki, namun tidak untuk membaca buku.

Seseorang bertanya kepda Abu Hurairah: “Aku ingin menuntut ilmu, tetapi aku takut lupa.” Abu Hurairah berkata: “Selama takut lupa, engkau sebenarnya telah kehilangan ilmu.” Atas dasar itulah, seorang Muslim wajib membentengi dirinya dari kelalaian dengan zikir dan ilmu. Walaupun sudah berusia, seorang Muslim harus belajar, menuntut ilmu, mendalami urusan agama serta bergaul dengan para ulama.

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna” (Az-Zumar: 9)

Disediakan oleh,

Farid Nazmi Abdul Halim

Pengerusi ISMA India

Lagi Ugutan Ke Atas Masjid Aqsa
23 Februari 2012 – Yayasan Al-Aqsa, Wakaf dan Warisan, Palestin, memberi amaran terhadap ugutan pengganas dan pelampau Yahudi dari kumpulan Kiryat Arba yang akan memecah masuk ke dalam ke perkarangan Masjid Aqsa untuk melakukan upacara keagamaan mereka pada hari ini, Khamis 23/2/2012.

Pertubuhan tersebut merujuk kepada beberapa laman sesawang pelampau Yahudi yang telah mengiklankan kenyataan mereka untuk merosakkan Masjid Aqsa.

Sehingga kini, 2 pertubuhan Islam di Tebing Barat telah menyatakan kesediaan mereka mempertahankan Masjid Aqsa dari terus di ancam oleh puak pelampau dan pengganas Yahudi.

Seruan ditujukan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit bangun mempertahankan Masjid Aqsa dan tempat suci serta amanah yang wajib dipikul ke atas mereka.

sumber : amanpalestin.net