Fall of Andalusia: Sejarah Dibongkar

andalus

 

Manipal, 31 Jan 2016 – Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) India dengan jayanya telah menganjurkan sebuah program umum bertajuk “Fall of Andalusia untuk mahasiswa mahasiswi disekitar Manipal khususnya bagi pelajar Melaka Manipal Medical College (MMMC). Forum telah diadakan di masjid E manipal bagi  menceritakan tentang Empayar Andalusia yang pernah berdiri megah di mata dunia pada suatu ketika dahulu.

andalus 2

Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang,  dimulakan dengan kata-kata aluan oleh saudara Wan Mohd Juaini Najmi bin Nawawi selaku pengerusi majlis. Program telah diteruskan oleh Muhammad Afiq Arsyad bin Johar pelajar tahun 2 Melaka Manipal Medical College  selaku moderator. Panelis adalah Muhammad Akmal bin Mazeni, pelajar tahun akhir Yenepoya Dental College, Mangalore dan Mohd Nadzrin Shah bin Abd Rashid, pelajar tahun akhir Kasturba Medical College, Mangalore.

andalus 3

Ahli panelis telah memberi keterangan yang jelas tentang bagaimana kebangkitan  dan faktor- faktor kejatuhan kerajaan Andalusia, bagi mencari formula-formula kebangkitan orang Islam selepas kejatuhan kerajaan Andalusia. Program ini telah mendapat sambutan yang baik. Saudara Nadzrin dan Akmal telah berjaya menarik perhatian peserta dengan penyampaian mereka.

Kata Ahmad Faiz peserta program “Saya dapat mempelajari sejarah Andalusia yang kini dikenali sebagai Spain dan saya juga dingatkan oleh saudara Nadzrin Shah bahawa sejarah akan berulang, jadi kita sebagai generasi baru harus elakkan perkara ini berulang.

 Kata Muhammad Khairul pelajar tahun 3 MMMC Saya dapat tahu lebih mendalam tentang kejatuhan kerajaan Andalusia dan kita belajar untuk tidak mengulangi sejarah, kita kena kuatkan Islam. Kalau tidak, kuasa luar akan campur tangan

 

oleh:

Muhammad Nizar bin Nather Khan

Wartawan ISMA India