Daie dan Distinction

 

farid 1

 

Oleh : Muhd Khairullah Bin Muhamad

MANIPAL, , 12 DEC 2014 –  Melaka Manipal Medical College (MMMC) hari ini menyaksikan satu acara yang dinamakan “ 17th College Day & Awards Ceremony “ bertempat di Hotel Fotune Inn Valley View , Manipal bagi meraikan kejayaan para pelajar dalam beberapa anugerah . Hadir bersama penerima anugerah adalah salah seorang aktivis ISMA India , Muhammad Farid Bin Ali  . Pelajar perubatan tahun 2  ini yang ditemui segak berbaju batik  memanjatkan kesyukuran atas pencapaiannya yang dikira satu rezeki dan nikmat daripada Allah SWT .

 

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR ) ini telah berjaya merangkul 3 anugerah dalam peperiksaan MBBS tahun satu , iaitu :

 

1 ) Distinction in Anatomy Phase 1 Stage 1

2) Distinction in Biochemistry Phase 1 Stage 1

3) Distinction in Physiology  Phase 1 Stage 1

 

Ketika ditanya mengenai pendorongnya untuk terus berusaha demi mencapai cita-cita sebagai seorang doktor yang berbakti untuk ummah, ahli jawatankuasa Malaysian Students Association Of India (MSAI ) Manipal  ini menjawab :

 

“ Ibu bapa saya , merekalah penguat semangat saya ketika saya lemah “

 

Selain cemerlang dalam bidang akademik , beliau juga aktif dalam bidang sukan seperti Ragbi dan Bola Sepak . Beliau turut disenangi oleh rakan- rakannya oleh kerana sikap rendah diri dan sering membantu rakan-rakannya yang memerlukan bantuan .

 

Pihak ISMA India turut mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kecemerlangan masing-masing dalam acara yang diadakan setahun sekali ini . Kami juga menyeru agar para pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang seperti akademik, sukan , kepimpinan dan sebagainya bagi melahirkan pelajar yang serba boleh .

 

Mabruk alaikum !