CUKUPLAH DIRI

2b2eeee

CUKUPLAH DIRI.

Kamu bercerita tanpa memeriksa.
Kamu juga mendengar tanpa diperiksa.
Lalu kamu sebar-sebarkan.
Menjadi fitnah.

Kamu hanya mendengar dari pihak sana.
Kamu tidak bertanyakan di pihak sini.
Lalu membuat persepsi.
Dan bermusuhan.

Kamu tidak cuba meleraikan pergaduhan.
Malah lebih seronok mengadu domba mengapi-apikan.

Bagai minyak dituangkan ke api.
Sekelip mata menyambar.
Hancurkan silaturrahim.

Lebih hebat dari sihir.

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”
( Surah Al-Humazah : ayat 2 )

Hari berlalu hanya sibuk meneliti orang itu begitu dan begini.
Sampai terlupa sibuk meneliti diri.
Merasakan diri sempurna.

Duhai sahabat handai dan rakan taulan, cukuplah diri, sampai bila mahu teruskan begini.

Berlakulah adil kerana Allah.
Jangan kerana kebencian, kamu tidak berlaku adil.
Kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa.

Wallahu’alam.

 

Najihah Yusri

IMS-MSU Bangalore

Aktivis ISMA India Zon Tengah