BERITA | Kepulangan Sepasang Murabbi Qudwah Ke Tanah Air

photo_2017-12-10_10-53-49

 

 

MANGALORE, 6 Disember – Menyaksikan kepulangan dua orang murabbi, Dr. Mior Zainul Arif Bin Zamzuri dan isteri, Saudari Nur Athirah Binti Azhar ke tanah air Malaysia.

Saudara Mior merupakan graduan pergigian (BDS) di Manipal College of Dental Sciences, Mangalore India, manakala isterinya Saudari Athirah pula merupakan graduan Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Jordan.

Kedua-duanya merupakan aktivis yang aktif dalam menghidupkan nilai tarbiyah di India. Saudara Mior merupakan mantan Pengerusi & Tarbiyah dan Saudari Athirah merupakan mantan Timbalan Tarbiyah ISMA India.

ISMA India meletakkan seribu harapan agar ilmu yang ditimba di Bumi Maududi ini dapat digunakan dan disebarkan di tanah air dan seterusnya berbakti untuk kesejahteraan ummat, negara dan bangsa.

Pasangan ini telah selamat pulang ke Malaysia pada 6 Disember 2017.