Banglo Syurga Buat Mak

photo_2016-05-09_16-14-45

Ini bukan cerita aku. Namun, ingin aku kongsi buat ingatan untuknya, untuk aku dan untuk kita semua.

Disember 2014

“The moment you realised your mom got squamous cell carcinoma of oral epithelium stage 4. Diagnosed since 2004, secretly receiving homeopathy treatment since 2007 but never recover. Sadly she never told us anything about it”.

-Nabilah-

Januari 2015

“So, the only way to cure this cancer is by removing the cancerous part before it is too late. Any question?”

Tangan diangkat tinggi.

“Sir, is there any chance of recovery?”, tiba-tiba air mata mengalir laju. Hati tidak berhenti berharap.

Semua rakan kelasnya bingung. Mengapa Nabilah menangis?

Setelah pamit dari perbincangan, Nabilah cuba mengumpul kekuatan. Butang dial ditekan.

“Assalamualaikum mak…”

Jauh di lubuk hati, sekarang juga dia mahu maknya menjalani pembedahan membuang kanser itu kalaulah itu cara yang terbaik. Tapi dia tahu tak semudah itu maknya akan bersetuju.

Februari 2015

Keadaan maknya semakin teruk, maknya sudah tidak boleh bercakap, juga tidak bisa makan macam biasa kerana saluran pernafasan yang kian menyempit. Wajah cengkung maknya dipandang sayu.

‘Bila mak jadi sekurus ini?’

Mac 2014

Usai dimandikan, tiba-tiba maknya sesak nafas.

Esoknya, maknya dikejarkan ke wad HDU( High Dependence Unit). Cecair yang disangkakan kahak rupanya adalah jus gastrik daripada perut yang telah dijangkiti kuman.

Suatu ketika, maknya meronta-ronta kerana terlalu sakit padahal dia baru diberikan i.v injection Morphine sebagai pain killer. Rasanya badan maknya sudah develop tolerance terhadap Morphine.

Mulai saat itu, dia sedar dan bersedia, maknya bakal pergi bila-bila.

14 Mei 2015

“Okay class, go have some samosa or coffee. I want everybody in the class by 11.15, okay?”

Wardah mengambil tempat di luar kelas. Data telefon bimbitnya di‘on’. Tiba-tiba matanya tertancap pada suatu nama pengirim whatsapp.

Nabilah!

Terus ditekan nama itu.

Nabilah: Salaam Wardah

               Mak aku dah meninggal tengah hari tadi.

Wardah kaku. Tidak percaya apa yang dibaca. Terus dia menekan butang dial.

“Assalamualaikum Nabilah. Kau ok tak? Kau kat mana?”, dikawal suaranya, cuba bertenang.

“Wardah…”, hanya esakan kedengaran. Dan Wardah sedar, mak Nabilah sudah pergi buat selama-lamanya. 

16 Mei 2015

Wardah: Salaam Nabilah, aku harap kau sihat. Maafkan aku tidak dapat bersama-sama dengan kau saat kau perlukan penguat. Ingat, jangan jadikan kehilangan sebagai sebab kita putus asa untuk meneruskan kehidupan. Moga Allah ampunkan dosa dan merahmati rohnya. Aku kirim doa dari jauh.

Nabilah: Wassalam Wardah. Alhamdulillah aku tidak semudah itu untuk berputus asa. InshaAllah masih kuat. Jujurnya, aku redha dengan pemergian mak, sebab dia dah lama menderita. Cuma sedikit terkilan kerana dia rahsiakan penyakitnya daripada kami, tetapi aku yakin ada sebab mak aku buat macam tu. At least derita dia dah berakhir. Aku bersyukur sebab berpeluang jaga mak for the last 6 months, walaupun progressnya sangat cepat, lebih daripada jangkaan kami. Bagi aku itu momen paling berharga bersama-sama mak. Aku janji dengan diri untuk bina mahligai syurga untuk mak. InshaAllah. Kau pun, sementara berpeluang, moga sempat berbakti dan bersua muka dengan kedua-dua ibu bapa kau. Mohon doa sentiasa.

 Ajal, kita tidak tahu bila,

Sementara ada, kita berbakti sepenuhnya,

Moga doa untuk ibubapa sentiasa ada,

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.

(Gambar) Arwah Mak Nabilah dalam kenangan,

artikel 1

 

NURDINI AIFA BINTI NAZRI

TAHUN 2 PERGIGIAN

PENANG BLOCK, VINAYAKA MISSIONS UNIVERSITY

PEMENANG TEMPAT PERTAMA

PERTANDINGAN PENULISAN SEMPENA HARI IBU 2016 ANJURAN ISMA INDIA