ASPIRASI 2016: Merealisasi Kepimpinan Mahasiswa

imageBANGALORE, 30 Oktober 2016 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India buat julung-julung kalinya berjaya menganjurkan ASPIRASI, majlis minum petang tanda penghargaan buat aktivis-aktivis ISMA India. Majlis yang berlangsung di Krishinton Suites, Bangalore berjaya mengumpulkan seramai 38 orang aktivis ISMA India yang hadir dari pelbagai kawasan di India.

ASPIRASI yang dipengerusikan oleh saudara Wan Juaini Najmi Nawawi dimulakan dengan tilawah Al-Quran oleh saudara Najmi Abdul Latif, diikuti oleh nyanyian bersama lagu ISMA.

ASPIRASI yang berlangsung sejurus selepas Annual Retreat ISMA India 2016 telah dirasmikan oleh Ustazah Nurulhuda Baharin, JKP Biro Luar Negara (BLN) Ikatan Muslimin Malaysia. Beliau dalam ucapannya menyeru para aktivis untuk memperkasa jati diri dengan mendalami lebih banyak ilmu pengetahuan di samping ilmu akademik untuk bergelar doktor perubatan serta pergigian dan juga melalui penglibatan dalam medan amal yang ditawarkan oleh ISMA India sendiri.

img_7500

Majlis diwarnai dengan persembahan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid ISMA India dan juga sesi cabutan bertuah dalam kalangan para hadirin. Usai minum petang, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para aktivis juga biro-biro yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang sesi 2015/2016.

Antara aktivis yang menerima penghargaan termasuklah Dr Muhammad Shafiq, kini merupakan Intern di Manipal College of Dental Sciences (MCODS) Mangalore, yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dengan memperoleh distinction bagi setiap peperiksaan tahunan. Manakala saudari Nazihah Zulkarnain yang merupakan Timbalan EXCO Penerangan Sesi 2015/2016 dianugerahkan penghargaan atas kecemerlangan meraih distinction untuk Professional Examination 1 di IMS-MSU Bangalore.

img_7492

Outdoor Iman Camp (OIC) berjaya dinobatkan sebagai program terbaik ISMA India, sementara Biro Penerangan merangkul anugerah pencapaian biro terbaik sepanjang sesi 2015/2016.

img_7499

Majlis berakhir selepas penyampaian hadiah disempurnakan, diikuti dengan sesi fotografi sebagai kenangan bersama. ISMA India mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Ustazah Nurulhuda yang hadir dari Malaysia, juga para aktivis yang mengorbankan cuti hari minggu untuk bersama-sama menjayakan Retreat dan ASPIRASI ISMA India 2016. Semoga ASPIRASI bakal diteruskan keberlangsungannya pada masa yang akan datang.

imageimage

Wallahu’alam.

Disediakan oleh,
Wartawan ISMA India