Akal VS Nafsu

man-on-seesaw-with-heart-and-brain

Akal vs Nafsu suatu pertaruhan yang tidak berakhir sehingga seorang insan itu menemui ajalnya.

Nafsu itu adalah tempat interaksi segala baik dan buruk, halal dan haram, hak dan batil. Akal pula adalah pemikirkan  berdasarkan ilmu yang difahamkan dan  rasionalnya. Nafsu ini sentiasa mengarahkan diri kepada keburukan. Manakala takwa dan agama, diperkukuhan dengan tarhib dan targhib nescaya ia boleh menyelamatkan diri tuannya.

 

Sabda Rasulullah  Sallallahu alaihi wasalam:

Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsu sendiri yang dicelah lambang mu.                        

Takwa dan agama yang boleh menyelamatkan diri  daripada nafsu, untuk memperolehinya kita perlu ada ilmu. Ilmu yang boleh dekat diri dengan Allah dengan  memahami keesaan Allah. Ilmu ini dapat menguatkan ketakutan dan kecintaan seorang hamba itu kepada penciptanya.

Apabila seorang hamba Allah  membuat suatu amal dengan rasa gembira  dan apabila dia tinggal  amalan tersebut dia akan rasa takut( jauh hati daripada Allah). Inilah sifat yang patut ada pada setiap individu muslim dan inilah waktunya diri seorang muslim itu berjaya mengawal nafsu.

 

Bahkan hati mereka telah berkarat lantaran apa(dosa) yang mereka lakukan . Bahkan mereka sebenarnya terdinding dari(melihat) tuhan mereka kelak di hari akhirat

(Surah Al- Mutaffifin: Ayat 14-15)

 

Hati bersifat raja dalam diri manusia dan ia mendengar suara daripada akal dan nafsu. Nafsu akan menguasai akal apabila diri kurang ilmu agama dan tidak faham akan ilmu itu. Akal akan berjaya memeterai nafsu apabila ilmu pengetahuan mendominasi nafsu.

Cara untuk tingkatkan dengan ilmu pengetahuan:

Niat yang baik

Adakah kerena Allah kita belajar ilmu tersebut atau kita hanya mahu berdebat atau hanya hendak rasakan diri lebih unggul daripada orang(ini ego dalam hati).

Membaca buku

Buku yang dibaca melandaskan fikrah islam(Quran, hadis dan tafsir) bukan buku yang yang ditulis hanya dengan mengikut pemikiran akal logik manusia.

Berguru

Memahami suatu ilmu dengan orang yang telah lama beramal dengan ilmu itu. Dengan ini kita dapat memahami ilmu itu dengan scope yang berbeza dan tidak terikat dengan satu kefahaman sahaja.

Sahabat

Mencari kawan yang boleh membimbing dan jauhkan diri daripada kawan yang boleh menjauhkan diri daripada Allah.

 

Jika nafsu ini tidak dikawal, ia akan terus menguasai diri tuanya dan jauhkan diri daripada Allah. Tidak bermakna hari ini seorang muslim itu berjaya mengawal nafsunya dia  akan berjaya mengawalnya pada hari esok, ia adalah pertaruhan yang tidak berakhir. Soalan yang patut setiap individu muslim menanya diri sendiri . “ Berjayakah kita mengawal nafsu dengan ilmu yang ada?”

 

 

Muhammad Nizar bin Nather Khan

Tahun 3

Melaka-Manipal Medical College, Melaka

Aktivis ISMA