OIC 2016 : LEMBARAN BARU BUAT JIWA YANG BERTAQWA

photo_2016-11-14_18-29-59

BANGALORE, 13 NOVEMBER – Buat kesekalian kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India, berjaya menganjurkan akiviti tahunan, Outdoor Iman Camp (OIC) pada 12 dan 13 November 2016, bertempat di Garden Asia Resort,Bangalore.OIC mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta yang telah datang dari segenap pelusuk India; Mangalore, Bangalore, Salem, Belgaum, Manipal, Mysore, Dharwad dan Chennai. Menerima tetamu jemputan yang diterbangkan khas dari Malaysia, Dr Irfan Salmi Al-Hafiz,Pegawai Perubatan Pembedahan Am di Hospital Selayang,yang juga merupakan Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur juga Pakar Motivasi PROFAZZ.serta Dr Nabilah Yaakob Al-Hafizah yang berkhidmat sebgagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Sabak Bernam merangkap Jawatankuasa Pusat I-Medik dan JKP Biro Luar Negara ISMA.Turut serta bersama tetamu jemputan ialah alumni IMS-MSU,Bangalore iaitu Dr Anas Aminin dan Dr Siti Nur Syamimi. OIC pada tahun ini membawakan tema “Rejuvenation of the soul”.

Langsung ketibaan para peserta pada pagi Sabtu, disambut oleh ahli jawatankuasa terbabit di meja pendaftaran. Goodie bags berisi buku program, pen, nametag berserta lanyard dan t-shirt rasmi OIC menyambut ketibaan mereka. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh kedua-dua orang tetamu jemputan selepas sarapan pagi. Dr Nabilah membuka tirai slot pertama OIC dengan tajuk “Tarbiyyah: Batu Asas Khilafah Islami”; beliau memperincikan bagaimana bermulanya pembukaan empayar Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad sehingga ke zaman kejatuhan khalifah pada 3 Mac 1924.

kakbel

Seterusnya, Dr Irfan menambat hati para peserta di dalam slot yang kedua, “Amerika Syarikat : World Order Ciptaan Manusia ”. Beliau menyentuh bagaimana musuh-musuh Islam ini membuat perancangan yang teliti untuk menghancurkan agama Islam.Malah,Dr Irfan juga menegaskan bahawa kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang.Perkara ini sekaligus telah menyedarkan para peserta akan situasi atau ancaman-ancaman yang telah direka khas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menjatuhkan agama Islam lalu menyatakan apakah peranan kita sebagai umat Islam untuk mempertahankan agama Allah yang tercinta ini.

oicganti

 

Pada sebelah petangnya, setelah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari, peserta muslimin meneruskan aktiviti luar mereka antaranya seperti Spider Web,Water Transfer, Egg Armor dan banyak lagi di mana aktiviti berkumpulan yang dilakukan telah menguji kekuatan fizikal dan kecerdasan minda mereka lantas menunjukkan tahap kekretifan serta kecekapan masing-masing dalam menyelesaikan suatu masalah.

 

Sementara itu, peserta muslimat dibahagikan kepada lima buah kumpulan untuk explorace competition : Sisters Ready, Set, Go!!  antara kumpulan. Namun, explorace bukan sekadar explorace. Di setiap checkpoint, peserta diminta menyelesaikan misi-misi tertentu yang bertujuan memberi ilmu-ilmu baharu kepada para peserta juga menguji kemahiran para peserta dalam menyelesaikan tugasan kewanitaan yang telah diberikan serta menguji sejauh mana kekuatan ukhuwwah yang terbina antara ahli kumpulan.

oic4

 

oic6

 

“Timur Tengah : Medan pertempuran Al-Haq dan Al-Hawa” merupakan topik terpilih untuk forum bagi mengisi waktu malam para peserta seusai makan malam yang didahului oleh solat Maghrib berjemaah.Dr Irfan dan Dr Nabilah sebagai panelis forum pada malam itu,telah berjaya mencuri fokus para peserta, dengan menerangkan geografi timur tengah,situasi serta isu-isu yang berlaku disana serta mengapa mengapa timur tengah menjadi medan pertempuran Antara Al-Haq dan Al-Hawa secara ringkas sekaligus memberikan kefahaman dan gambaran yang lebih jelas kepada para peserta.

oic7

 

Hari kedua OIC menanti para peserta dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan. Menghirup udara pagi Bangalore seusai solat Subuh berjemaah dan tazkirah, para peserta perempuan meneruskan aktiviti luar mereka, antaranya badminton belon air dan galah panjang sebelum slot terakhir OIC menanti para peserta. Manakala peserta lelaki pula terlibat dalam aktiviti futsal, rope activity  dan juga dodgeball.Aktiviti sebegini dapat membina kekuatan jasmani di pagi hari supaya dapat melatih muslimin dan muslimat memulakan hari-hari baru dengan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas.

oic8

 

oic9

 

oic10

 

Slot yang terakhir telah di isi dengan ceramah yang bertajuk “Hanya Gerhana,Bukan Tenggelam Matahari” yang telah disampaikan oleh Dr Irfan.Para peserta begitu bersemangat sekali mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian akan ceramah yang disampaikan oleh beliau.Dr Irfan telah mengupas isu ini dengan memberikan Turki sebagai negara Islam contoh yang dipimpin oleh pemimpinnya yang tegas dalam mempertahankan prinsip Islam ketika menerajui negaranya.Jadi,ini membuktikan bahawa sinar harapan kepada kebangkitan agama Islam bakal bermula,akan tetapi itu semua berlaku atas kehendak dan izin-Nya.Penganut agama Islam itu sendiri juga perlu berubah dan ‘izzah akan agama Allah serta bersiap siaga untuk mempertahankannya.Semua ini tidak mustahil jika mereka melapangkan hati merelakan diri untuk melalui suatu proses atau jalan yang dinamakan tarbiyyah.

 

oic11

Perasmian penutup OIC 2016 yang telah disempurnakan oleh Dr Irfan disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Semoga penganjuran program luar sebegini mampu mengembangkan bakat dan minat sedia ada para peserta untuk disalurkan kepada usaha pembentukan peribadi muslim mulia di samping menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.Bersedialah menyucikan jiwamu demi agama tercintamu.

“Rejuvenation of The Soul”

Disediakan oleh : Ainnur Aisyah Binti Lahmudin

Setiausaha OIC 2016 dan Aktivis ISMA India