Liga Arab yang menggabungkan 22 negara Arab itu ditubuhkan pada 1942 untuk menyokong British menentang Jerman. Dan antara kemuncak sumbangan Liga Arab ini adalah pada 1948 apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas Israel demi untuk mempertahankan Arab Palestin.Walaupun perang itu mencapai kegagalan, tetapi mereka berjaya membuktikan bahawa persepakatan sesuatu bangsa itu mampu membawa kepada keputusan yang sangat besar dan menggerunkan pihak musuh.

Dewasa ini, kita melihat ramai masyarakat Melayu di Malaysia yang sibuk untuk memperjuangkan hak bangsa lain yang sememang sudah hidup aman damai dan mendapat pelbagai keistimewaan. Sedangkan mereka lupa masih ramai lagi Melayu yang majoritinya berakidah Islam masih tertindas dan hidup menderita di negara lain. Melayu di Selatan Thailand, Melayu di Kemboja, Melayu di Selatan Filipina dan lain-lain. Mereka seolah-olah hidup merempat di negara mereka sendiri. Hak mereka dinafikan. Apakah kita lupa seruan Rasulullah bahawa keutamaan perlu diberikan kepada sanak saudara dan saudara seIslam sepertimana kita mengutamakan diri kita?Hanya persepakatan Melayu di seluruh nusantara mampu membebaskan mereka. Persepakatan tersebut mungkin boleh dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk dan antaranya adalah penubuhan Liga Melayu Nusantara.
Pemikiran Sayyid Qutb perlu dijadikan pendorong untuk seluruh masyarakat melayu nusantara mencapai persepakatan. Sayyid Qutb mengisyaratkan bahawa jihad yang sebenar adalah jihad membebaskan umat Islam dari dibelenggu dan hidup dalam kehinaan kepada kepada kehidupan yang mulia dan dipandang tinggi.
Sebelum kita bercakap lebih jauh mengenai persepakatan Melayu yang lebih jauh, perlu untuk kita mengembalikan persepakatan Melayu di dalam negara sendiri dahulu. Dan antara perkara penting yang perlu dipersepakati antara masyarakat Melayu Malaysia adalah mempertahankan ketuanan Melayu.Perlu diingati bahawa ketuanan Melayu ini bukanlah matlamat terakhir, akan tetapi lebih kepada alat untuk mencapai persepakatan negara-negara Melayu yang lebih luas. Dan akhirnya, persepakatan Melayu seluruh nusantara ini menjadi alat untuk membebaskan bangsa Melayu ditempat lain yang masih tertindas dan meneguhkan kedudukan Islam di rantau Asia tenggara ini.
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Disediakan oleh,
Zulhilmi Hasif Bin Mahammad Asri
(Ketua Biro Dakwah dan Aktiviti ISMA India)












Facebook Comments
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.