31 Januari 2012 – Kesatuan Islam-Kristian di Jerusalam menyifatkan usaha-usaha meroboh dan menghancurkan rumah penempatan rakyat Palestin di wilayah Palestin adalah jenayah yang serius dalam usaha pembersihan etnik.
Pencerobohan dan pembinasaan yang dilakukan adalah bertentantangan dengan dasar perjanjian Perkara 53 Perjanjian Geneva tahun 1949 yang melarang pemusnahan harta, atau apa sahaja yang ditetapkan atau mengalih dan memindahkan, atau melanggar secara terang-terangan peruntukan Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Setiausaha Agung kesatuan tersebut, Issa Hanna: Rejim Israel terus merobohkan rumah-rumah Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem Timur dalam jumlah yang besar di bawah justifikasi yang haram dan palsu yang bertujuan melakukan pengusiran bilangan terbesar rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka untuk membina lebih banyak penempatan haram Yahudi.
Sehingga kini lebih daripada 622 buah rumah dan pengusiran keluarga Palestin telah dilakukan, manakala terdapat berpuluh-puluh ribu masih terancam untuk akan menghadapi nasib yang sama, dan ini adalah satu jenayah yang serius dan hendaklah dihentikan.
sumber: http://amanpalestin.net












Facebook Comments
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.