Aku Cinta Padamu, I Love You, Aishiteru, Sarang Hae yo, Wo Ai Ni, Uhibbuka…

Antara kata-kata luahan rasa cinta yang sering kita ucapkan dalam kehidupan seharian kita. Dalam menyatakan rasa cinta kita, bagaimanakah sebenarnya cara terbaik kita menzahirkan cinta kita? Adakah hanya melalui perkataan atau ingatan mahupun melalui tingkah laku? Dalam memperkatakan tentang rasa cinta, kita seringkali juga mudah menuturkan rasa kecintaan kita terhadap nabi junjungan mulia kita, Rasul Allah, Muhammad bin Abdullah. Tetapi jika kita benar-benar mengaku kita cintakan baginda, bagaimanakah kita yakin bahawa kita mencintai baginda yang sebenar-benarnya sebagai kekasih Allah?

“Nak Cinta Rasulullah, Kena Kenal Rasullah”

Kita mengaku kita cintakan nabi tetapi di manakah kita letakkan baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita? Di zaman segalanya terletak di hujung jari, ilmu seolah-olah terlalu mudah untuk diperolehi. Tetapi AWAS! Carilah ilmu yang sahih dan boleh dipercayai dalam mengenali Rasulullah. Kenali baginda, selusuri lembaran sirah baginda dalam menyampaikan ajaran Islam lebih 1400 tahun yang lalu. Keperitan dan kepahitan yang baginda tempuhi dalam membawa cahaya kebenaran agama Allah hingga ke nafas yang terakhir demi umat tercinta.

“Ummati, Ummati, Ummati”

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Sekiranya nabi itu dijadikan bukan dari kalangan manusia itu sendiri, malaikat misalnya, pastinya ia akan merumitkan kita. Nabi juga adalah bersifat realistik dan setiap perbuatan nabi adalah sesuai dengan kehidupan kita. Kebanyakan sunnah nabi adalah perkara-perkara yang mudah untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Jadi apakah alasan kita untuk mengelak dari mengikuti sunnah nabi?

Ayuh kita cuba banyakkan dalam mempraktikkan sunnah nabi demi kecintaan kita kepada baginda!

Ya Habibi Ya Muhammad…

Terkadang hati ini terlalai mengingatimu dan mengamalkan sunnahmu. Berilah syafaatmu kepadaku dia hari pembalasan kelak Ya Rasulullah. Ingin sekali aku melihat wajahmu wahai kekasih Allah. Ingin aku berjumpa denganmu. Ingin sekali aku duduk bersama-samamu di taman syurga menikmati minuman dari telaga Al-Kauthar. Ya Allah, selawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia, Muhammad s.a.w, kaum keluarga serta sahabat-sahabat baginda.”

 

 

 

Disediakan oleh,

Mardhotillah

Aktivis ISMA India

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien