23 Januari 2012 – Hanin Kamal Abu Jalalah, meninggal dunia, pada pagi Ahad 22/1/2012, tetapi kisahnya tidaklah sehebat pejuang Palestin yang lain, berumur 17 tahun, beliau meninggal semasa menerima rawatan di sebuah hospital "Hadassah" di Israel, berikutan kesan kecederaan bom fosforus semasa serangan Israel ke atas Gaza pada penghujung 2008.

Bapa gadis itu memberitahu anaknya koma selama 12 hari selepas pembedahan di Hospital "Hadassah" Israel dan kemudian meninggal dunia, mendakwa pihak hospital dan Kementerian Israel Pertahanan bertanggungjawab menyebabkan kematian anak perempuannya.

Abu Jalalah dalam satu kenyataan akhbar mendakwa pengurusan hospital dengan segaja melakukan kecuaian perubatan dan dengan sengaja menjadikan anak perempuannya "eksperimen" untuk doktor pelatih.

Hanin adalah salah seorang mangsa serangan bom fosforus toksik semasa pencerobohan ke atas Gaza, sehingga menyebabkan kerosakan paru-paru. Pada awalnya mendapat rawatan dari hospital di Gaza, akan tetapi kerana kekurangan perubatan di Gaza beliau terpaksa di pindahkan ke salah sebuah hospital di Jerusalem, tetapi itulah kesudahannya.  

amanpalestin.net/baca.php

Tags

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann