Alhamdulillah, telah digagahkan kembali diri untuk mencoret kata- kata. Pengalaman hidup harus dikongsikan bersama. Ketika ini, saya berada dalam rotation psychiatry. Dua minggu yang penuh dengan pengalaman menarik. Rotation psychiatry menyedarkan saya betapa pentingnya kebergantungan seorang manusia itu kepada tuhannya. Masa dua minggu yang mungkin singkat, tetapi cukup untuk membuka mata saya.

Allah, Tuhan yang kita sembah dan Dialah yang mencipta diri kita. Allah, Dialah yg telah memberi kita seluruh nikmat di dalam hidup ini, baik makanan, kesihatan, kasih sayang, harta dan keluarga. Kepada Engkaulah kami sembah. Inilah hakikat kehidupan kita. Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini, atau ramai yang cuba untuk tidak percaya akan hakikat ini. Buatlah bagaimanapun, saya pasti anda akan gagal jika anda memilih untuk tidak percaya akan hakikat ketuhanan.

 

Sepanjang posting saya ini, saya melihat kebanyakan yang datang ke hospital adalah kerana dua penyakit utama iaitu depression dan juga ‘alcohol dependence‘. Jika dilihat dua sindrom ini, ada kaitannya dengan hubungan manusia dan Sang penciptanya. Doktor kerap menyebut, ini adalah penyakit alaf baru. Penyakit yang lahir disebabkan manusia yang merasakan jiwanya kosong, tiada siapa yang memahaminya, tiada siapa yang mampu membantunya, tiada siapa juga yang lebih malang darinya, dan mereka ini akhirnya berputus asa dari kehidupan.


Benarlah apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 56:“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”.

Di dalam surah al- baqarah, ayat 30 Allah telah berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat “aku hendak menjadikan khalifah dibumi.”

Tujuan diciptakan manusia adalah untuk mereka menjadi khalifah. Manusia merupakan makhluk Allah yang terpilih untuk memikul amanah yang besar ini.

Jika dikaji dua ayat ini kita akan nampak perkaitannya. Dalam persediaan untuk menjadi seorang khalifah dan seorang yang hebat, manusia seharusnya tunduk dahulu kepada penciptanya. Inilah yang selalu gagal disedari oleh manusia. Apabila manusia yang hebat ini mempunyai hubungan yang intim dgn Al-Khaliq, pasti mereka bisa menjadi insan yang serba hebat.

Tetapi sebaliknya jika manusia yang sama ini tidak mengenali Sang penciptanya, dan mereka gagal memahami erti tujuan penciptaan mereka, maka selama itulah mereka akan sesat dan tidak akan merasakan kepuasan dalam kehidupan. Kemudian. mulalah mereka mencari kepuasan dengan cara yang jijik. Meminum arak untuk mendapatkan excitement, courage. Sedangkan keberanian yang haq adalah pada mereka yang melaungkan syahadah Allah. Kegembiraan yang hakiki boleh diminta pada Allah. Sedih andai difikirkan manusia yang telah diagungkan tadi, telah menjatuhkan diri mereka ke lembah hina.

 

Bagi yang hidup penuh dengan masalah, mereka mudah untuk mengalami depression. Tetapi, jika mereka intim dengan Allah pasti mereka tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Jika terdetik keimanan di dalam diri mereka, pasti mereka sedar setiap ujian yang telah ditimpakan adalah untuk menguji sejauh mana mereka beriman kepada Allah. Malah, kebergantungan seseorang pada Allah mampu menyebabkan seseorang yang paling banyak masalah itu adalah orang yang paling cemerlang.

 

 

Doktor  juga ada menyebutkan antara prognosis yang baik dalam psychiatry ini adalah apabila pesakit mempunyai certain belief in God. Kerana dengan adanya kuasa yang lebih hebat, kita tahu Dia boleh menolong kita dan memahami perasaan kita walauapapun yang terjadi. Kita sentiasa merasakan bahawa Allah itu jauh dari kita. Sedangkan sebenarnya Allah itu lebih dekat pada kita lebih dari apa yang kita sangkakan. Intimnya kita bersama dengan Allah. Saat kita lupa untuk mengingatiNya, maka itulah loophole bagi syaitan dan hawa nafsu untuk mencari peluang membinasakan kita.

 

Adakah manusia sedar bahawa hubungannya dengan Tuhan boleh menjadi sangat intim? Sehinggakan apabila keintiman ini terjejas, kita boleh dilabelkan sebagai pesakit jiwa (orang gila). Jika dianalisa maksud Pesakit Jiwa,  maka ada benarnya juga. Jiwanya ‘kacau’ kerana mencari-cari Sang Khaliq. Bukti apa yang kita perlukan lagi untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk menjadi seorang ‘abid (hamba)? Mari bermuhasabah kembali. Apa yang kita telah lakukan pada minggu ini yang dapat merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah?

Marilah, kita bersama- sama memperbaiki hubungan kita dengan Rabb kita.

Disediakan oleh,

Farah Inani binti Abdul Razak

Bendahari ISMA India

 

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann