Dua tahun yang lepas berlaku peristiwa malang di mana akaun facebook dan e-mail saya digodam. Entah siapa yang godam sampai hari ini saya tak tahu. Sungguh malang dan sangat menakutkan peristiwa tersebut mengenangkan e-mail saya mengandungi banyak rahsia peribadi. Siapa sahaja boleh manipulasi kedua-dua akaun tersebut untuk membuat fitnah terhadap saya.
 
 
Lebih malang lagi, saya kehilangan seribu lebih kawan dalam akaun tersebut. Saya menggunakan akaun tersebut kebanyakannya untuk menyampaikan mesej dakwah dan fikrah perubahan Islam yang saya yakini.
 
Dua tahun berlalu, saya kini menggunakan facebook akaun yang baru. Jumlah kawan saya kembali meningkat kepada jumlah yang telah saya capai suatu ketika dahulu iaitu seribu lebih. Cuma satu kelainan yang saya perasan kali ini. ‘Circle of friends’ saya berubah. Kalau dulu, facebook wall saya dipenuhi dengan pelbagai video dan post yang lagha serta tidak membangun. Jujurnya kerap kali juga saya membuang masa melayan pelbagai post yang lagha tersebut. Saya tonton video-video tidak bermanfaat yang dipaparkan, saya komen pada pelbagai post lawak, gossip dan sebagainya. Kali ini, apa yang saya perasan, jumlah post yang tidak bermanfaat berkurangan. Video-video dan gambar-gambar yang tidak sihat juga berkurangan.
 
 
Kenapa ini berlaku? Apa yang saya perasan, ketika akaun Facebook saya digodam, aktivisme dakwah dan tarbiyyah saya bersama ISMA sedang meningkat dengan serius. Tidak hairan lagi apabila saya memulakan akaun Facebook baru saya dengan menambah kawan di kalangan rakan-rakan usrah dan para islamis yang sama fikrah. Apabila ‘network friends’ saya bermula dengan mereka yang baik apa yang saya perasan circle of friends saya bertambah di kalangan mereka yang baik-baik juga.
 
Impaknya, hari ini, Facebook wall saya dipenuhi dengan perkongsian ilmiah dan pesanan-pesanan ruhi. Tiada lagi ‘shouts’ tidak bermanfaat seperti… “bosanlaaah.. nak makan Mc D ke KFC?”… atau “!@*&^& mamat tu!!!! jaga kau!!!!”… atau .. “oh.. hensemnya penyayi Korea tuuuuu”.. dan pelbagai lagi.
 
Mungkin benar kata-kata hikmah ini:
 
“Kalau hendak kenal peribadi seseorang itu, lihatlah kawan-kawannya. Baik kawan-kawannya baiklah dia”.
 
Maka benarlah juga Hadith Rasulullah SAW:


“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang sholih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak misk dan pandai besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau bisa membeli darinya atau minimal dapat baunya. Adapun berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak.” (HR. Bukhari no. 2101, dari Abu Musa)
 
Jadi, siapakah Circle of Friends anda?
 
 
Disediakan oleh,
 
Anas Aminin W M Izzuddin
(Setiausaha ISMA India)
 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann