Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha di India, ISMA India pasti tidak akan sesekali melupakan saudara SeIslam yang masih sedang berjuang mempertahankan bumi Palestin, yang juga merupakan tanah suci yang ketiga buat umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Hidup dalam penjajahan rejim zionis menjadikan hidup rakyat Palestin serba kekurangan apatah lagi ketika sambutan Raya Aidiladha pada tahun ini.
Mengambil kesempatan itu, ISMA India tidak ingin hanya kemeriahan Raya Aidiladha dirasai oleh para pelajar Malaysia di India sahaja bahkan kemeriahan itu hendaklah dikongsi bersama-sama. Walaupun jarak antara negara India dan Palestin agak jauh, tapi ianya tidak menjadi penghalang untuk ISMA India menghulurkan bantuan kepada mereka melalui Aman Palestin.

Aman Palestin yang mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Atas inisiatif tersebut, ISMA India telah berusaha mengumpulkan dana bantuan daripada pelajar-plajar Malaysia di seluruh India. Alhamdullilah, atas berkat usaha dan keikhlasan para pelajar untuk membantu saudara mereka di Palestin, ISMA India berjaya mengumpul sebanyak Rp142220 (RM8900.00) dan RM263.60. Jumlah keseluruhan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM9163.60. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran dan keberkatan atas keikhlasan mereka dengan syurga.
Bertempat di Baitul Hikmah, sumbangan tersebut telah diserahkan oleh saudara Farid Nazmi Bin Abdul Halim selaku Pengerusi ISMA India kepada Aman Palestin melalui wakilnya Ustaz Salman Al-Farisi yang juga selaku ahli jawatankuasa Pembangunan Insan dan Sumber ISMA Pusat.
Disediakan oleh,
Biro Dakwah dan Aktiviti











Facebook Comments
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.