Islam itu syumul. Islam meliputi semua aspek kehidupan sebagai cara hidup yang sempurna telah menjadi perbincangan oleh Ustaz Salman Al-Farisi. Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa Pembangunan Manusia dan Sumber (HRD) ISMA Pusat telah memberi sedikit perkongsian bersama-sama pelajar di Bangalore, India.

Sesi perkongsian itu telah dilaksanakan di Baitul Hikmah pada 13 November 2011 hari Ahad bermula pada pukul 7.00 malam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para siswa dan siswi yang hadir untuk memahami konsep kesyumulan Islam itu sendiri. Tajuk ceramah beliau yang diambil dari Usul 20 (U’sul Issyrin) tulisan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna banyak membuka mata hadirin berkenaan kesyumulan Islam itu sendiri. Tidak ketinggalan juga penglibatan para siswa dan siswi yang berada di luar India termasuk dari Eropah, Mesir, Jordan, Indonesia, Australia dan sebagainya tidak melepaskan peluang berkongsi sama melalui medium komunikasi Paltalk.

 

 

Majlis pada malam itu dimulai dan dibuka oleh saudara Shahruznaim bin Shamsuddin dengan Al-Fatihah dan sedikit bacaan beliau sebelum majlis diserahkan kepada Ustaz Salman Al-Farisi. ‘Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.’  yang disyarahkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah diolah dengan sangat baik oleh Ustaz Salman Al-Farisi yang memberi pengertian jelas berkenaan Islam kepada para hadirin yang hadir.  

Sebelum berakhirnya majlis ilmu tersebut, beberapa soalan telah diajukan oleh hadirin kepada Ustaz Salman berkenaan kefahaman tentang Islam yang sebenar-benarnya dan kaitannya dengan isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. Beberapa soalan juga telah diajukan oleh siswa dan siswi dari luar negara India melalui medium Paltalk.

Seusainya saudara Shahruznaim menangguhkan majlis, para hadirin telah dijamu dengan sedikit juadah sebelum pulang ke rumah masing-masing. Majlis berakhir pada pukul 9 setengah malam.

Disediakan oleh,

Biro Dakwah dan Aktiviti

 

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann