Bangalore, 15 dan16 Oktober – Bertempat di Bayt Sumayyah, satu program perkongsian-"Cupcakes & Sisters" telah dianjurkan oleh ISMA India khusus untuk mengalukan kedatangan siswi-siswi tahun satu ke Bangalore, India. Program ini disertai oleh siswi tahun satu khususnya dan siswi tahun dua juga dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka sewaktu melalui tahun pertama mereka. Sesi yang pertama dimulakan dengan solat isya’ berjemaah dan diikuti dengan sesi taaruf bersama siswi tahun satu. Mereka diminta untuk menceritakan perasaan mereka selama beberapa minggu tiba di bumi India ini. Malah tidak kurang hebatnya, siswi tahun dua juga berminat berkongsi pengalaman dan perasaan mereka menerima junior baru.

 

Kemudian, diikuti dengan pengisian padat oleh saudari Nur Haifa dan juga diselangi dengan sebuah tayangan video pembukaan oleh biro media ISMA India. Dengan pengisian bertajuk ‘Realising Our Roles’, siswi dapat menyedari tanggungjawab mereka bukan hanya pada dunia medik semata, namun juga tanggungjawab  mereka pada agama Islam itu sendiri. Setelah sesi pengisian selesai siswi tahun satu dan tahun dua dijemput untuk menjamu selera. Sambil itu, mereka dipertontonkan dengan sebuah cerita bertajuk Taara Zameen Par yang berkisar tentang kehidupan seorang budak berumur 8 tahun yang mempunyai imaginasi yang tinggi tetapi gagal dalam pelajarannya dan bagaimana ketabahan seorang guru untuk membantunya.

Siswi-siwi juga telah bermalam di Bayt Sumayyah. Esok paginya, solat Subuh berjemaah diadakan. Tazkirah ringkas mengenai tokoh Sumayyah juga dikongsikan. Kemantapan tokoh ini dalam menggenggam syiar Islam walaupun hanya seketika beliau memeluk agama Allah perlu diteladani. Walau diseksa dan ditindas, tetap Allah menjadi pergantungan.
 
 
Selepas makan pagi, sesi yang kedua disambung. "A story to be told" memberi satu perkongsian yang amat bermakna kepada siswi-siswi tahun satu yang baru sahaja ingin mengenali dunia medik ini. Dalam sesi ini, siswi tahun dua, empat dan lima berkongsi pengalaman dan cara belajar untuk setiap subjek yang bakal dihadapi oleh pelajar tahun satu. Antara subjek yang dibincangkan ialah Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Perkongsian ini lebih tertumpu kepada cara belajar, pengurusan masa dan pengenalan kepada buku-buku yang berkaitan dengan subjek tersebut. Kami warga ISMA India sangat berharap dengan perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu adik-adik tahun satu untuk terus berjaya mengharungi tahun pertama ini dengan sempurna. Seterusnya menjadi seorang muslim yang produktif bukan sahaja menekankan aspek pembelajaran medik semata-mata namun tugas sebagai hamba Allah juga tidak dilupakan.
 
 
 
 
Biro Media ISMA India

 

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann