Mangalore, 24 September – “Akan terlerai ikatan Islam itu ikatan demi ikatan, apabila wujud dalam Islam itu orang yang tidak mengenal Jahiliyyah”. Begitulah aspirasi Umar Ibn Al-Khattab menggesa umat Islam untuk mempelajari rancana musuh Islam. Dengan kesedaran ini ISMA India cawangan Mangalore telah menganjurkan diskusi Mengenal Umat & Musuh.  Diskusi selama satu hari ini membincangkan secara ringkas ideologi-ideologi yang membentuk sejarah tamadun manusia moden.

Antara ideologi-ideologi yang diperbincangkan adalah:

  1. Humanisme
  2. Modernisme
  3. Sekularisme
  4. Liberisme
  5. Sosiolisme
  6. Feminisme
  7. Demokrasi
  8. Pluralisme
  9. Freemason
  10. Illuminati
  11. Zionisme

Keseluruhannya, perbincangan ilmiah ini telah membuka mata para peserta tentang bagaimana tersusunnya dan bersungguhnya musuh-musuh Islam menyebarkan fahaman-fahaman mereka. Sebagaimana terkorbannya para sahabat menegakkan kebenaran, begitulah juga mereka terkorban menegakkan fahaman mereka yang rata-rata menolak kewujudan Tuhan.

Benarlah kata-kata Allah dalam surah An-Nisa ayat 104:

 “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Para peserta juga memahami bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah kesan serangan pemikiran sebagai faktor luaran dan pertarungan iman dan nafsu sebagai faktor dalaman. Diharapkan program sebegini dapat diperluaskan pada masa hadapan sebagai usaha untuk mendidik para mahasiswa di India.

Media ISMA India

 

Facebook Comments

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 

 
 
WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien