Dua wanita Perancis yang terus memakai tudung muka penuh lantas melanggar undang-undang baru di Perancis yang mengharamkan pemakaian sebegitu telah disaman.
Keputusan mahkamah pada hari Khamis berkenaan pengharaman baru yang penuh kontroversi itu adalah mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan April.
Mereka berdua disaman sebanyak 200 euro ($ 271) oleh mahkamah Perancis, dalam kes yang dipercayai ramai sebagai kes percubaan.
Wartawan Al Jazeera, Emma Hayward, melaporkan dari Paris berkata, “Keputusan mahkamah mendenda wanita ini bukanlah kejutan yang besar kerana kita tahu ini akan sentiasa menjadi kes percubaan di Perancis.”
Polis telah mengeluarkan beberapa saman-serta-merta sejak larangan itu berkuat kuasa pada bulan April tetapi ini adalah saman yang pertama yang dikeluarkan oleh mahkamah, di mana wanita-wanita berkenaan berhasrat untuk mengemukakan kes rayuan sehingga ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Bercakap kepada wartawan kami, Rachid Nekkaz, seorang ahli perniagaan Perancis, menjelaskan mengapa beliau telah memutuskan untuk membayar denda bagi wanita-wanita ini.
“Saya menganggap kebebasan bergerak dalam sistem demokrasi sangat penting dan saya tidak boleh menerima bahawa kerajaan saya [telah] mengundi [untuk] undang-undang yang tidak menghormati perlembagaan Eropah,” katanya.
“Saya fikir adalah penting untuk membantu wanita-wanita ini untuk kekal bebas di jalan-jalan.”
Walaupun pengharaman (memakai hijab penuh) berkuatkuasa di seluruh negara, seorang wanita Perancis yang memakai hijab muka penuh, mahu bertanding untuk presiden dalam pilihan raya tahun depan.
Dalam temu bual dengan agensi berita Associated Press, Kenza Drider berkata dia mahu untuk mempertahankan hak-hak semua wanita Perancis.
Dia adalah antara kumpulan wanita yang meningkatkan serangan ke atas undang-undang yang mengharamkan hijab muka penuh daripada jalan-jalan di Perancis sejak April.
Mereka mahu membuktikan langkah itu melanggar hak-hak asasi.
Penyokong undang-undang, termasuk Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, mengatakan bahawa berhijab itu memenjarakan wanita.
Drider berkata beliau merancang untuk mengisytiharkan pencalonannya pada hari Khamis diMeaux, sebuah bandar timur Paris yang dikendalikan oleh ahli politik yang konservatif dan Sarkozy sekutu Jean-Francois Cope, yang memperjuangkan pengharaman berhijab.
Terjemahan daripada sumber asal: French women fined for breaching veil ban
Original Version:
Two French women who continue to wear the full-face veil in defiance of a new law banning it in France have been fined.
Thursday’s court ruling on the controversial new ban follows a law approved by parliament in April.
They were both fined a total of 200 euros ($271) by a French court, in what many believe is a test case.
Al Jazeera’s Emma Hayward, reporting from Paris, said the court’s decision to fine these women “was no great surprise really because we knew this was always going to be a test case here in France”.
Police have issued several on-the-spot fines since the ban came into effect in April but these are the first court-issued fines, with the women vowing to appeal their case all the way to the European Court of Human Rights.
Speaking to our correspondent, Rachid Nekkaz, a French businessman, explained why he had decided to pay the fines for these women.
“I consider the freedom of movement in a democracy is very important and I can’t accept that my government [has] voted [for] a law [which] doesn’t respect the European constitution,” he said.
“I think it is important to help these women to remain free on [the] streets.”
Despite a nationwide ban, a Frenchwoman who wears a full-face veil, wants to run for president in next year’s elections.
In an interview with the Associated Press news agency, Kenza Drider said she wants to defend the rights of all French women.
She is among a group of women mounting an attack on the law that has banned the full-face veil from the streets of France since April.
They want to prove the measure contravenes fundamental rights.
Supporters of the law, including French President Nicolas Sarkozy, say the veils imprison women.
Drider said she planned to declare her candidacy on Thursday in Meaux, a city east of Paris run by senior conservative politician and Sarkozy ally Jean-Francois Cope, who championed the veil ban.
Sumber: wanitaisma.net










Facebook Comments
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.